Friday, 1 July 2011

SYUKURI NIKMAT, JANGAN TERPEDAYA HASUTAN



KUKUH…...Dato Sri Nasir semasa menyampaikan amanat kepada ketua-ketua cawangan DUN Senallang sempena majlis itu di Semporna.

Oleh:ARSHAD HUSSIN

MENTERI Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran, mengajak rakyat sentiasa bersyukur dengan nikmat pembangunan yang disalurkan kerajaan demi meneruskan ‘Tradisi Membela Rakyat’ berlandaskan konsep 1Malaysia yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.

Nasir berkata, sejak Barisan Nasional (BN) memerintah negeri ini telah banyak pembangunan disalurkan ke kawasan-kawasan luar bandar termasuklah pembangunan infrastruktur, kemudahan asas serta prasarana pendidikan, kesihatan, keselamatan di samping pelbagai bantuan untuk rakyat golongan miskin yakni PPRT/KIRT.

Sehubungan itu, rakyat hendaklah bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang selama ini benar-benar berjuang membela nasib rakyat sambil mengubah sikap dan membuka minda memanfaatkan bantuan yang diberikan kerajaan; sebagai batu asas melonjakkan tahap kehidupan, agar lebih baik dengan terus berusaha meningkatkan ekonomi keluarga untuk membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan.

Dato Sri Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang berkata demikian sempena mengadakan pertemuan dengan rakyat kawasan DUN Senallang dan menyampai bantuan projek kecil kepada lebih 40 orang individu dan komponen BN di Pejabat DUN Senallang.

TAWARAN…...Dato Sri Nasir (dua kiri) menyampaikan surat tawaran kerja kepada Pengerusi PBRS Semporna, Mohd Seh (kanan) sempena majlis itu di Inabah Kamal.

Nasir yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Semporna, mengingatkan ahli-ahli UMNO tidak terpengaruh dengan dakyah dan propaganda disebar oleh anasir-anasir yang tidak bertanggugjawab; serta cuba mencemar perpaduan dan meranapkan harapan rakyat yang menginginkan kehidupan harmoni, aman sejahtera tanpa kacau bilau di negara ini.

Hadir sama sempena majlis ringkas itu Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat (UPKR) Dun Senallang Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Kawasan Senallang, OKK Haji Musa Sabaani dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Kawasan Senallang, Roslan Jalaludin.

11 comments:

  1. Terlalu meminta/komplen sehingga lupa kurnia yang ada. Begitulah lumrah manusia. Ingatlah ada yang lebih susah.

    ReplyDelete
  2. Rakyat hars bijak menilai. Jangan mudah terpedaya dengan propaganda yang sering diwar-warkan.

    ReplyDelete
  3. Rakyat perlu hargai apa yang telah diberikan oleh kerajaan selama ini. saya pasti rakyat bijak untuk menilai sendiri siapa yang lebih memperjuangkan dan membela hak mereka.

    ReplyDelete
  4. Pandai2lah rakyat membuat penilaian. Ingat jangan mudah terpedaya dengan omongan mana2 pihak.

    ReplyDelete
  5. Apapun,sendiri mahu ingat lah ya:P

    ReplyDelete
  6. kerajaan byk memberi sumbangan kepada rakyat, rakyat kena hargai sumbangan2 tersebut dan jgn mudah terpedaya dgn hasutan pihak lain yng ingin memecahbelahkan rakyat.

    ReplyDelete
  7. setiap individu perlulah bijak menilai sesuatu pekara. jangan mudah terpedaya.

    ReplyDelete
  8. Rakyat sendiri boleh berfikir. Jadi janganlah terpedaya 100% dengan kenyataan mana-mana pihak. Sebelum kita mempercayai kita tanya dulu diri kita kenapa dia berbuat demikian?

    ReplyDelete
  9. Hasutan satu cara orang lain memburukkan dan memperbodohkan rakyat. Jadi jangan mudah percaya kepada mereka-mereka.

    ReplyDelete
  10. The people must not be easily influenced.

    ReplyDelete
  11. kerajaan BN juga patut bersyukur kerana masih memerintah negara ini. sememangnya sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete