Saudara Pengarang,
APA sudah jadi dengan
bekalan minyak diesel di Malaysia? Sebentar tadi saya ke Stesen ESSO Kunak untuk
mengisi diesel ke tangki kereta saya, tetapi malangnya belumpun tangki kereta
penuh, pam minyak terhenti.
Saya menemui Pengurus Stesen
Minyak berkenaan, Mr Liew untuk mendapat penjelasan. Katanya mereka tidak boleh
jual lebih kerana tidak banyak stok. Katanya lagi, KPDNKK hanya bekalkan kuota 100,000
liter seminggu.
Hairannya, Ko-Nelayan
mendapat lebih kuota minyak diesel dan petrol bersubsidi tetapi dijual ke
Filipina dan kapal dagang secara haram ketika nelayan kita sukar mendapat
bekalan minyak. Akibatnya, kami terpaksa beli daripada 'penyeludup' Ko-Nelayan kerana
jika tidak, kenderaan kami tidak dapat bergerak?
Adakah ini petanda dengan
permintaan yang banyak dari rakyat, maka kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib akan
menaikkan lagi harga minyak selepas BN mendapat mandat pada PRU13 nanti?
Salam Hormat,
RAZALI IBRAHIM
No comments:
Post a Comment