Saudara Pengarang dan YB-YB Yang
Berkenaan,
TAHUKAH YB-YB semasa anda sedang
enak menikmati kopi ketika ini, rakyat marhain di Jalan Tuaran Lama terpaksa
minum air banjir setiap kali hujan turun dengan lebatnya?
Saya meluahkan keluhan ini
bagi pihak pengguna jalan raya yang sering berulang alik untuk bekerja dan
pulang ke rumah menggunakan Jalan Tuaran Lama a.k.a 'Terusan Air' yang sering
menenggelamkan kenderaan rakyat.
Tahukah YB-YB sekalian,
bahawa kami sering terperangkap di dalam banjir akibat sistem pengurusan banjir
yang lemah dan tiada usaha untuk mengatasi masalah ini secara serius!
Pernahkah YB-YB merasakan
kesusahan kami yang terpaksa menanggung musibah apabila terperangkap di dalam
banjir selama berjam-jam di kawasan Flat Rugarding, mahupun di kawasan KKIP
(Politeknik/Lembaga Koko)?
Bayangkanlah duduk
berjam-jam di dalam kereta kecil, dalam mini bas, yang ditemani anak kecil yang
kelaparan dan kehausan; yang demam, yang clusterphobia, yang sakit perut tiada
tempat untuk membuang air besar.
Kami sedar kawasan Rugarding
adalah kawasan rendah takungan air akibat kerakusan pembangunan. Walaupun ada
sedikit usaha mengatasi masalah ini, tapi usaha itu hanya hangat-hangat tahi
ayam dan separuh jalan. Mendalamkan parit dan manhole bukanlah penyelesaian
mutlak!
Air yang terkumpul perlu
disalur ke mana-mana 'open water bodies' (etc. sungai atau laut) barulah
masalah ini boleh selesai. Memanglah penyelesaian ini perlu guna banyak
duit/peruntukan.
Tapi, Janganlah asyik
mengatakan tiada peruntukan sedangkan kami sedia maklum dan bukan rahsia lagi
bahawa setiap kali menteri kabinet dari persekutuan datang, berjuta ringgit
dikeluarkan untuk menyambut dan meraikan mereka dan delegasi mereka di
hotel-hotel mewah.
Lengkap dengan hi-tea atau
dinner berpuluh-puluh meja dan suite mewah serta 'goodies' untuk rapat awam.
Kami tahu setiap kali mereka datang dan dirai dengan layanan mewah; apa lagi
bila tiba masa pilihanraya kini semakin dekat.
Jangan lupa kami melantik dan
menghantar YB ke Parlimen atau Dewan Rakyat dengan baju blazer dan necktie
serta tiket kapalterbang sponsor dari cukai rakyat bagi 'MENGANGKAT' dan 'MEMBELA'
kesusahan kami 'BUKANNYA' untuk para YB mengangkat nama menteri/boss mereka dan
membela kelangsungan menteri-menteri di Federal mahupun di kabinet Sabah.
Tolonglah, sia-sia sahaja
undi yang dipangkah, yang sengsara adalah rakyat, yang bahagia adalah orang
atasan. Ingat-ingatlah kami di sini.
Salam Hormat,
AKU ANAK SABAH
No comments:
Post a Comment