Saturday 4 May 2013

BN TERUSKAN KEUNGGULAN DI SANDAKAN



Oleh : SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN : Calon-calon daripada  Komponen Barisan Nasional (BN) antaranya penyandang kerusi Parlimen Sandakan Datuk Liew Vui Keong; penyandang kerusi Parlimen Batu Sapi; kedua-dua penyandang kerusi DUN Elopura, Tanjung Papat termasuk calon muka baru bagi DUN kerusi Karamunting, Charles Pang dijangka akan meraihkan kemenangan untuk mengekalkan kelima-lima kerusi yang disandang calon-calon daripada kaum Cina.

Dalam tinjauan rambang Sabahkini.Net kelima-lima kawasan yang ditandingi oleh calon yang mewakili masyarakat cina di mana masyarakat Cina kembali memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan BN di bawah pucuk pimpinan Perdana Menteri termasuk Datuk Seri Musa Hj Aman.

Rata-rata masyarakat Cina di Sandakan mahukan pembangunan lebih pesat dan sosio ekonomi rakyat dipertingkatkan ini untuk keselesaan rakyat di Negara ini.

Kata mereka lagi, kerajaan BN yang memerintah di Sabah  yang bermula 1994 sehingga sekarang sekarang banyak pembangunan dilaksanakan bukan sahaja di kawasan bandar; bahkan di seluruh kawasan luar bandar mereka telah mengecapi kemudahan tersebut.

Di Sandakan, sebagai contoh, kerajaan telah membina Hub pendidikan di Kampung Sungei Batang, Batu 10, Jalan Labuk yang bukan sahaja sebagai pusat pengajian tinggi untuk para pelajar daerah Sandakan; bahkan melibatkan para pelajar di luar Sandakan  dan bakal  memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Datuk V.K Liew sebagai Mantan Ahli Parlimen Sandakan begitu juga Datin Linda Tsen di Parlimen Batu Sapi, walaupun baru satu penggal menerajui kepimpinan di kedua-dua kawasan tersebut; namun mereka telah berjaya membawa pelbagai kemudahan asas untuk rakyat di daerah Sandakan dan Batu Sapi.

Sementara Au Kam Wah pula, sejak dua penggal lalu menjadi wakil rakyat Elopura, juga banyak menyumbang kepada kemajuan  dan kemudahan asas; begitu juga dengan Datuk Raymond Tan yang sudah empat penggal menjadi ADUN Tanjug Papat; mereka tidak rasa bosan dan telah berkhidmat dengan cemerlang.

Apapun, mereka  telah mendapat sokongan padu bukan saja daripada pengundi-pengundi Cina, bahkan lebih 70 peratus pengundi Melayu yang mahukan kelima-lima calon Cina ini menang pada PRU-13.


No comments:

Post a Comment