Saturday, 4 May 2013

PASTIKAN TIDAK GIGIT JARI SELEPAS PRU-13





KERJA KERAS....Pang bersama dengan para pengempennya di Kampung Bokara untuk memperkenalkan kepada para pengundi.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

KARAMUNTING : Pengundi di kawasan Karamunting khususnya di Kampung Bokara diingatkan agar bijak mengundi calon-calon yang bertanding di DUN Karamunting terutama yang mewakili DAP atau SAPP dan BN  pada hari ahad ini (esok).

Jika Rakyat Karamunting tersalah pilih dan tersilap pangkah calon-calon pembangkang, maka mereka akan rugi besar kerana jika calon pembangkang menang, tetapi kerajaan BN masih memerintah; sehingga ADUN Pembangkang hanya makan gaji buta dan rakyat terpaksa menggigit jari untuk tempoh lima tahun lagi.

Calon BN DUN Karamunting, Charles Pang, berkata demikian ketika memberi ucapan kempen ceramah di Kampung Bokara dekat sini, kelmarin.

Kata Pang, parti-parti pembangkang hanya pandai berkata-kata buat janji manis sekiranya Pakatan berjaya merampas tampuk pemerintahan Putrajaya, maka mereka akan menurunkan harga barang.

Mungkinkan fenomena ini berlaku seperti tahun 70-an ketika majoriti rakyat bergaji gaji RM400?

Sebenarnya, tambah Pang, parti-parti pembangkang sudah ketandusan idea, maka mereka mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun pucuk pimpinan BN ketika berkempen kerana tiada isu lain yang dibangkitkan melainkan isu RCI dan NCR sehingga rakyat bosan mendengarnya.

Pang menambahkata, undi Cina tetap pecah dan 60 peratus pengundi Melayu masih solid dan condong kepada calon BN; sementara pengundi Cina 40 peratus berpecah tiga iaitu 10 peratus SAPP; 10  peratus DAP dan 20 peratus BN.

"Senario  ini jelas menunjukkan BN menang," kata Pang dengan penuh yakin.

No comments:

Post a Comment