Saturday 4 May 2013

HANYA BN KERAJAAN BERWIBAWA





Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

KOTA BELUD: Bersama kita jayakan Program Tranformasi Kerajaan dan Program Tranformasi Ekonomi ke arah kemajuan dan kemakmuran yang berterusan di Kota Belud, kata Calon Barisan Nasional bagi Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan.

Katanya, ketika diminta mengulas mengenai Projek Pusat Sokongan Industri Minyak & Gas di Teluk Usukan di sini, yang bakal muncul sebagai hab logistik baru di rantau Asia Tenggara menerusi usaha menjadikan kawasan itu sebagai pusat sokongan industri minyak dan gas.

Projek yang dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Sabah serta Asian Supply Base itu telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, sempena pelancaran Pesta Menuai Peringkat Negeri di Kota Belud, di sini baru-baru ini.

Rahman berkata, dalam fasa-fasa awal sahaja dianggarkan lebih kurang 500 peluang pekerjaan ditawarkan dan dijangka meningkat sehingga 1,000 orang apabila keseluruhan fasa selesai.

“Ini akan membantu meningkatkan pendapatan, kemahiran serta kemampuan warga tempatan yang ingin menceburkan diri dalam industri minyak dan gas serta sektor berkaitan,” katanya di sini hari ini.

Pada masa yang sama, Rahman mengajak  masyarakat  Kota Belud menjadikan Projek Pusat Sokongan Industri Minyak dan Gas itu sebagai keramat sumber ekonomi yang sangat bernilai bagi generasi Kota Belud di masa hadapan.

Rahman berkata, Kota Belud terdapat tiga sumber ekonomi utama pertama Jelapang Padi kedua Hab Pelancongan dan ketiga tidak lain tidak bukan Kota Belud mempunyai sumber minyak dan gas.

Katanya, projek itu membuktikan kesungguhan kerajaan negeri membangunkan Kota Belud selain memastikan setiap penduduk di daerah itu akan menikmati pembangunan hasil daripada kestabilan politik, ekonomi dan sosial di negara ini.

Sehubungan itu khususnya masyarakat  Kota Belud, harus mengenepikan perasaan ingin menjatuhkan keempat-empat mereka sebagai calon Barisan Nasional pada 5 Mei.

“Saya sebagai calon Barisan Nasional Parimen Kota Belud, Datuk Salleh calon Barisan Nasional Dun Usukan, Datuk Musbah calon Barisan Nasional Dun Tempasuk dan calon Barisan Nasional Dun Kadamaian Datuk Helbert Timbon Lagadan sehati dan sejiwa komited memacu pembangunan di daerah Kota Belud,  demi kesejahteraan dan kemakmuran  lebih kurang 93,000 penduduk Kota Belud menjelang 2020, katanya



Ketika dihubungi Calon Barisan Nasional Usukan Datuk Seri Salleh  Tun Said berkata, sejak dahulu hanya kerajaan Barisan Nasional sahaja yang mempunyai trek rekod membela nasip rakyat khususnya di Kota Belud.

Katanya, kami calon-calon Barisan Nasional di Kota Belud mempunyai satu perjuangan satu matlamat selari dengan tradisi membela nasib rakyat  Barisan Nasional di Kota Belud teguh bersatu.

“Sejajar dengan kematangan usianya, komponen-komponen parti Barisan Nasional bahagian Kota Belud terus berganding bahu, perkuatkan parti, bersatu dalam mengetengahkan isu-isu dan permasalahan rakyat akar umbi selari dengan matlamat parti karamat,

“Lebih penting lagi dengan gandingan mantap kepimpinan di Barisan Nasional dan kami di Kota Belud bukan sahaja menjaminkan ledakan pembangunan yang hebat  malah kami sehati sejiwa menjayakan aspirasi kerajaan membina sebuah masa hadapan yang gemilang bagi masyarakat Kota Belud menjalang 2020,” katanya

Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata, meminta kepada semua ahli Barisan Nasional di sini, agar lebih taat kepada perjuangan parti kerana parti itulah yang akan mengwujudkan kerajaan.

Sementara itu, calon Barisan Nasional Dun Tempasuk Datuk Musbah Jamli berkata, Projek Pusat Sokongan Industri Minyak dan Gas di Teluk Usukan itu, berkaitan kelestarian bekalan makanan pada masa akan datang.

Katanya, jelapang padi sedia ada di Kota Belud akan ditambah baik dengan pengurusan dan tanamannya secara sistematik.

Menurutnya, antara impak  dan manfaat jelapang padi kepada semua menghasilkan 4 tan padi sekar berbanding 1.8 tan, sasaran kawasan tanah seluas 25,000 ekar(10,000 hektar) membuka peluang perkerjaan di tempat sendiri dan menyedia jaringan perhubungan di kawasan kampung.

“Impak dan manfaat seterusnya membawa kepada pemindahan teknologi, pengetahuan dan kemahiran kepada penduduk Kota Belud dan membuka peluang-peluang kepada perusahan kecil dan sederhana,” katanya

Musbah yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, selain jelapang padi, projek agropolitan Kota Belud merupakan projek pembanguan yang bersepadu bermatlamat menghapuskan kemiskinan melalui peningkatan pendapatan dan mengeluarkan Ketua Isi Rumah(KIR) miskin tegar daripada kemiskinan.

Calon Barisan Nasional bagi Dun Kadamaian Datuk Herbert Timbun Lagadan  menyifatkan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang ditemani oleh Huguan Siou   Tan Sri Joseph Pairin Kitingan merasmikan Pesta Kaamatan dan Projek Pusat Sokongan Industri Minyak dan Gas di Teluk Usukan sebagai “Tataba” dalam bahasanya “mujizat” sumber kehidupan yang tiba-tiba wujud untuk memberi rezeki kepada masyarakat Kota Belud.

Katanya, seiring dengan kerancakan program Transformasi Negara, pelbagai inisiatif telah diambil kerajaan dalam usaha meningkatkan ekonomi rakyat dan menjadikan Kota Belud gemilang sebagai sebauah daerah maju  berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 projek itu sebagai bukti.

Katanya, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah terus komited menggembeling usaha dan perancangan melalui strategi yang holistic dan dan peruntukan besar bagi menjayakan program pembangunan dan melonjakkan  kemajuan dan kualiti hidup rakyat di daerah Kota Belud.

No comments:

Post a Comment