Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI
KOTA BELUD: Bersama kita
jayakan Program Tranformasi Kerajaan dan Program Tranformasi Ekonomi ke arah
kemajuan dan kemakmuran yang berterusan di Kota Belud, kata Calon Barisan
Nasional bagi Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan.
Katanya, ketika diminta
mengulas mengenai Projek Pusat Sokongan Industri Minyak & Gas di Teluk
Usukan di sini, yang bakal muncul sebagai hab logistik baru di rantau Asia
Tenggara menerusi usaha menjadikan kawasan itu sebagai pusat sokongan industri
minyak dan gas.
Projek yang dilaksanakan
dengan kerjasama Yayasan Sabah serta Asian Supply Base itu telah dirasmikan
oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, sempena pelancaran Pesta Menuai
Peringkat Negeri di Kota Belud, di sini baru-baru ini.
Rahman berkata, dalam
fasa-fasa awal sahaja dianggarkan lebih kurang 500 peluang pekerjaan ditawarkan
dan dijangka meningkat sehingga 1,000 orang apabila keseluruhan fasa selesai.
“Ini akan membantu
meningkatkan pendapatan, kemahiran serta kemampuan warga tempatan yang ingin
menceburkan diri dalam industri minyak dan gas serta sektor berkaitan,” katanya
di sini hari ini.
Pada masa yang sama, Rahman
mengajak masyarakat Kota Belud menjadikan Projek Pusat Sokongan
Industri Minyak dan Gas itu sebagai keramat sumber ekonomi yang sangat bernilai
bagi generasi Kota Belud di masa hadapan.
Rahman berkata, Kota Belud
terdapat tiga sumber ekonomi utama pertama Jelapang Padi kedua Hab Pelancongan
dan ketiga tidak lain tidak bukan Kota Belud mempunyai sumber minyak dan gas.
Katanya, projek itu
membuktikan kesungguhan kerajaan negeri membangunkan Kota Belud selain
memastikan setiap penduduk di daerah itu akan menikmati pembangunan hasil
daripada kestabilan politik, ekonomi dan sosial di negara ini.
Sehubungan itu khususnya
masyarakat Kota Belud, harus
mengenepikan perasaan ingin menjatuhkan keempat-empat mereka sebagai calon
Barisan Nasional pada 5 Mei.
“Saya sebagai calon Barisan
Nasional Parimen Kota Belud, Datuk Salleh calon Barisan Nasional Dun Usukan, Datuk
Musbah calon Barisan Nasional Dun Tempasuk dan calon Barisan Nasional Dun
Kadamaian Datuk Helbert Timbon Lagadan sehati dan sejiwa komited memacu
pembangunan di daerah Kota Belud, demi
kesejahteraan dan kemakmuran lebih
kurang 93,000 penduduk Kota Belud menjelang 2020, katanya
Ketika dihubungi Calon
Barisan Nasional Usukan Datuk Seri Salleh
Tun Said berkata, sejak dahulu hanya kerajaan Barisan Nasional sahaja
yang mempunyai trek rekod membela nasip rakyat khususnya di Kota Belud.
Katanya, kami calon-calon
Barisan Nasional di Kota Belud mempunyai satu perjuangan satu matlamat selari
dengan tradisi membela nasib rakyat
Barisan Nasional di Kota Belud teguh bersatu.
“Sejajar dengan kematangan
usianya, komponen-komponen parti Barisan Nasional bahagian Kota Belud terus
berganding bahu, perkuatkan parti, bersatu dalam mengetengahkan isu-isu dan
permasalahan rakyat akar umbi selari dengan matlamat parti karamat,
“Lebih penting lagi dengan
gandingan mantap kepimpinan di Barisan Nasional dan kami di Kota Belud bukan
sahaja menjaminkan ledakan pembangunan yang hebat malah kami sehati sejiwa menjayakan aspirasi
kerajaan membina sebuah masa hadapan yang gemilang bagi masyarakat Kota Belud
menjalang 2020,” katanya
Salleh yang juga Speaker
Dewan Undangan Negeri berkata, meminta kepada semua ahli Barisan Nasional di
sini, agar lebih taat kepada perjuangan parti kerana parti itulah yang akan
mengwujudkan kerajaan.
Sementara itu, calon Barisan
Nasional Dun Tempasuk Datuk Musbah Jamli berkata, Projek Pusat Sokongan
Industri Minyak dan Gas di Teluk Usukan itu, berkaitan kelestarian bekalan
makanan pada masa akan datang.
Katanya, jelapang padi sedia
ada di Kota Belud akan ditambah baik dengan pengurusan dan tanamannya secara
sistematik.
Menurutnya, antara
impak dan manfaat jelapang padi kepada
semua menghasilkan 4 tan padi sekar berbanding 1.8 tan, sasaran kawasan tanah
seluas 25,000 ekar(10,000 hektar) membuka peluang perkerjaan di tempat sendiri dan
menyedia jaringan perhubungan di kawasan kampung.
“Impak dan manfaat
seterusnya membawa kepada pemindahan teknologi, pengetahuan dan kemahiran
kepada penduduk Kota Belud dan membuka peluang-peluang kepada perusahan kecil
dan sederhana,” katanya
Musbah yang juga Pembantu
Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, selain jelapang padi, projek
agropolitan Kota Belud merupakan projek pembanguan yang bersepadu bermatlamat
menghapuskan kemiskinan melalui peningkatan pendapatan dan mengeluarkan Ketua
Isi Rumah(KIR) miskin tegar daripada kemiskinan.
Calon Barisan Nasional bagi
Dun Kadamaian Datuk Herbert Timbun Lagadan
menyifatkan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang ditemani
oleh Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin
Kitingan merasmikan Pesta Kaamatan dan Projek Pusat Sokongan Industri Minyak
dan Gas di Teluk Usukan sebagai “Tataba” dalam bahasanya “mujizat” sumber
kehidupan yang tiba-tiba wujud untuk memberi rezeki kepada masyarakat Kota
Belud.
Katanya, seiring dengan
kerancakan program Transformasi Negara, pelbagai inisiatif telah diambil
kerajaan dalam usaha meningkatkan ekonomi rakyat dan menjadikan Kota Belud
gemilang sebagai sebauah daerah maju
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 projek itu sebagai bukti.
Katanya, kerajaan
Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah terus komited menggembeling usaha dan
perancangan melalui strategi yang holistic dan dan peruntukan besar bagi
menjayakan program pembangunan dan melonjakkan
kemajuan dan kualiti hidup rakyat di daerah Kota Belud.
No comments:
Post a Comment