Tuesday 14 May 2013

PR AKAN FAIL PETISYEN DI 6 DUN






BANTAH....Pakatan Rakyat Perak yang diketuai Nizar akan mengemukakan petisyen di Mahkamah terdekat ini sebaik saja bukti dan laporan lengkap diperolehi oleh pihak beliau.

Oleh : SYED KAMAL

IPOH : Pakatan Rakyat Perak akan mengemukakan petisyen di mahkamah terhadap keputusan di enam kawasan pilihan raya di negeri itu. Difahamkan kawasan-kawasan tersebut adalah Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Manong, Lubuk Merbau, Kamunting, Pasir Panjang dan Selama.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, petisyen tersebut akan dibuat berikutan terdapat bukti berlakunya penipuan pilihan raya.
Antara penipuan dikesan termasuk warga asing boleh mengundi, orang lain sudah mengundi untuk pengundi yang sah, dan keraguan peratus undi rosak yang lebih tinggi berbanding undi majoriti.
Pada PRU13 lalu, BN menang 31 kerusi Dun Perak manakala Pakatan Rakyat memperoleh 28 kerusi.

No comments:

Post a Comment