WATIKAH……Evon menyampaikan watikah perlantikan kepada Presiden PKKKS, Adang G Simporo.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
PRESIDEN Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Kadazan Sandakan (PKKKS), Adang Gangkon Simporo berkata Majlis Sodop Pisompuruon adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli-ahli PKKKS.
Ini sejajar dengan seruan 1Malaysia yang lebih mengutamakan perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum supaya sentiasa mengamalkan konsep setia kawan antara satu sama lain,”katanya.
Adang berkata demikian ketika berucap di majlis Makan Malam Sodop Pisompuruon anjuran Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Kadazan Sandakan di sini malam kelmarin.
“PKKKS juga telah merancang beberapa pendekatan dan strategi yang baru agar persatuan itu lebih hidup dan dinamik di samping tidak melupakan tujuan penubuhan asal iaitu menjaga kebajikan ahli dan memelihara nilai budaya kita,” kata Adang.
Antara pendekatan baru itu, jelas Adang penubuhan satu pusat atau tempat yang boleh dijadikan rujukan ahli-ahli dari segi bekalan maklumat baik bersifat akademik.
Selain itu, PKKKS juga telah memainkan peranan penting ke arah memberi peluang perniagaan di samping menyediakan pelapis baru untuk menerajui kepimpinan persatuan pada masa akan datang serta bergerak seiring dengan dasar kerajaan atau mana-mana agensi kerajaan dan swasta untuk menangani isu-isu tertentu,” tambahnya.
Dengan kata lain, Adang menegaskan bahawa persatuan ini juga akan memperluaskan peranannya agar tidak terhad kepada kebudayaan sahaja dan tiba masanya PKKKS mengambil agar penduduk tempatan akan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain di negara ini.
Sementara dalam ucapan perasmian, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Dr Ewon Ebin antara lain menjelaskan bahawa wujudnya Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Kadazan Sandakan (PKKS) ia secara tidak langsung boleh menyatupadukan seluruh kaum KDM di daerah ini dalam semangat muhibbah dan jalinan kerjasama yang rapat antara satu sama lain.
“Kita juga difahamkan peranan PKKKS bukan saja meningkat dan memperkenalkan adat istiadat dan budaya kaum KDM, bahkan menjurus kepada memertabatkan bahasa ibunda kaum kita sendir,” ujar Ewon lagi.
Ewon tidak menafikan bahawa 80 peratus generasi muda sekarang sudah tidak boleh bertutur dengan fasih dalam dialek KDM kerana terbiasa dengan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam pelbagai urusan.
“Bukankah bahasa itu menunjukkan bangsa? Tetapi disebabkan mereka lebih menggunakan bahasa kebangsaan, maka kemahiran bertutur bahasa ibunda mereka semakin terhakis,” kata Ewon dalam nada yang agak resah.
Dalam hubungan ini kata Ewon, beliau berharap agar Biro Bahasa dan Kebudayaan PKKS akan dapat mengorak langkah untuk memainkan peranan mendidik anak-anak KDM agar tidak melupai bahasa ibunda mereka sendiri sebagai pertuturan seharian di rumah.
Ewon turut mengumumkan bahawa kementeriannya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 ribu untuk disumbangkan kepada PKKKS sebagai dana pembiayaan aktiviti-aktivitinya.
Majlis Makan Malam itu yang dilangsungkan di Ballroom Sanbay Hotel telah dihadiri lebih 200 orang ahli PKKKS dan para jemputan lainnya. Sebagai pengisian program tersebut, beberapa acara menarik telah dipersembahkan.

No comments:
Post a Comment