Thursday, 12 August 2010

HENRYNUS AMIN KECAM BELIA SABAH?



Oleh: JACKSON LU

PEMIMPIN Parti Komponen Barisan Nasional (BN) khususnya Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Henrynus Amin harus peka berhubung permasalahan yang melanda belia di Sabah hari ini dan seterusnya mencari jalan penyelesaiannya.

Agak malang kerana Henrynus lebih asyik ‘memutar semula pita rakaman berulang- ulang berhubung enigma belia’ dan lantas menyalahkan mereka (belia) dengan pelbagai tanggapan negatif sekaligus memalukan mereka di mata masyarakat.

“Apakah Henrynus bermaksud dalam kenyataan beliau hari ini menyuruh belia belia kita mengambil alih tugas tugas yang dijalankan oleh rakyat asing PTI sebelum ini?,” tanya Dr Nicholas James Guntobon ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung PBS itu dalam laporan akhbar hari ini (Khamis).

Dr Nick yang juga Penyelaras PKR DUN Liawan Parlimen Keningau berkata demikian sebagai bantahan beliau terhadap kenyataan Henrynus yang seolah-olah memperkecil kewibawaan dan intergriti belia tempatan meskipun tidak dinafikan oleh Dr Nick bahawa graf peningkatan belia menganggur semakin meningkat.

Namun jalan penyelesaiannya, kata Dr Nick tetap mempersalahkan kerajaan kerana tidak serius menanganinya terutama Henrynus yang kini berada di pihak kerajaan, seharusnya mengemukakan pelan tindakan penyelesaian masalah tersebut kepada kerajaan dan bukan merungkainya ke media.

“Saya berani mengatakan bahawa Henrynus dan PBS sekadar ingin sekali lagi bersandiwara kepada rakyat Sabah tetapi mereka sedar mereka tidak mampu menanganinya sedangkan kerajaan Pusat memang tidak berminat menyelesaikan masalah PTI yang kini sudah memiliki Kad Pengenalan tulen menerusi pintu belakang,” tegas Dr Nick lagi.

Bukan sahaja setakat itu tegas Dr Nick, mereka (PTI) kini telah mendapat kerakyatan tetap di negara ini malah setaraf hak dengan rakyat asal Sabah kerana mereka juga mempunyai kelayakan memiliki tanah, harta dan jawatan professional malah mungkin suatu ketika mereka juga boleh jadi Menteri kerana ada sudah yang menjadi Adun dan isteri Ahli Parlimen.

“Masalah PTI sudah berlarutan sejak lebih 40 tahun lalu, namun minat pihak tertentu khususnya kerajaan Pusat untuk menyelesaikan masalah ini tidak memperlihatkan keseriusan mereka; malah sering berdolak-dalih. Kenapa Henrynus masih memilih media untuk mengutuk belia menganggur? Kenapa dahulu tidak memukul meja di Parlimen untuk mendesak kerajaan Pusat menangani masalah ini?,” tambah beliau lagi.

Tegas Dr Nick, kini bukan masanya untuk bercakap atau berdebat mengenai jual satey atau menjual air di warung-warung; kerana isu remeh dan biasa, tetapi yang perlu diperdebatkan ialah masa hadapan belia menganggur yang berpendidikan tetapi tiada kilang atau industri yang secukupnya untuk menempatkan mereka ini.

Dr Nick seterusnya menjelaskan bahawa masa hadapan belia di Sabah akan terus menemui arus kegelapan selagi kerajaan BN memerintah negara ini kerana kerajaan BN termasuk PBS kurang cekap dan kurang berminat membela nasib rakyat jelata iaitu selepas sahaja PBS menyertai BN.

Justeru, beliau menegaskan bahawa sudah tiba masanya rakyat Sabah harus menukarkan kerajaan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menjelang PRU13 kelak, supaya hak dan masa depan rakyat akan terus terbela.

Komponen BN juga seharusnya berusaha membebaskan negara ini daripada kemelut pelbagai penyelewengan seperti rasuah, pemborosan wang rakyat, penyalahgunaan kuasa dan seterusnya memulihkan integriti sistem perundangan di negara ini yang kian tercemar di mata dunia.

No comments:

Post a Comment