TERTAWA....Babi ini mungkin mentertawakan pemimpin UMNO kerana nasib Babi lebih baik daripada ahli UMNO.
Oleh: IBNU HAMZAH
MANA MP Batu Sapi? Mana pemimpin-pemimpin UMNO bertaraf Ketua Menteri dan Menteri? Kenapa biarkan masyarakat Bumiputra Islam di kawasan Batu Sapi dilayan seperti umat Palestine yang rumah-rumah milik mereka dirobohkan oleh puak Zionis Israel tanpa sedikitpun rasa belas kasihan?
Kalau apa yang dilakukan oleh Zionis Israel ke atas umat Palestine itu dikutuk hebat oleh pemimpin UMNO, kenapa pemimpin UMNO yang beragama Islam bisu atau ‘babau’ terhadap derita yang sama yang dihadapi oleh pengundi-pengundi mereka di Batu Sapi?
Pernahkah kita dengar kampung-kampung milik orang Cina dirobohkan sewenang-wenangnya tanpa pampasan yang munasabah? Pernahkah kita dengar ladang babi dirobohkan tanpa menyediakan tempat alternatif walaupun selama ini kewujudan ladang-ladang babi diprotes hebat oleh penduduk sekitarnya? Jawabnya tidak pernah!
Kenyataan saya ini tiada langsung mempunyai kaitan dengan unsur perkauman atau hasutan! Ianya adalah realiti, nyata dan berita mengenainya disiarkan dalam media arus perdana.
Sentuhlah kampung orang Cina, cuba robohkan kandang babi. Nescaya seluruh pemimpin Cina, baik yang dalam kerajaan mahupun pembangkang, pasti akan bangkit menentang tindakan tersebut.
UMNO dan para pemimpinnya kecut perut bila orang Cina mula bising. Tengok saja kes patung Mazu. Musa Aman sudah umumkan bahawa satu tapak baru telah diberikan kepada Chong Kah Kiat untuk mendirikan patung Mazunya.
Tetapi, bagaimana dengan rumah Bumiputra Islam yang dirobohkan? Kenapa tiada gantinya? Jadi, kita boleh andaikan bahawa UMNO/BN lebih memuliakan patung serta babi daripada memuliakan masyarakat Bumiputra Islam. Itu hakikat yang mesti kita terima.
Majlis Perbandaran Sandakan telah menyediakan tapak kawasan baru seluas lebih 60 ekar bagi menempatkan semula ladang-ladang babi yang selama ini dianggap kawasan 'setinggan babi' atau 'perkampungan haram' bagi babi yang haram dimakan oleh orang yang mengaku Islam dan beriman dengan ajarannya.
Kalaulah kampung-kampung yang telah didiami sejak berkurun lamanya oleh Bumiputra Islam masih dianggap kampung haram dan bakal mengalami tindakan diroboh oleh pihak berkuasa; dengan memperalatkan pegawai Majlis Perbandaran Sandakan yang mengaku beragama Islam untuk mengeluarkan arahan bertulis. Diikuti pula dengan tindakan bisu dan rabun oleh kononnya Pemimpin Juara Rakyat.
Maka apa sangat mulianya kita sebagai Bumiputra Islam, yang kononnya mempunyai hak istimewa yang termaktub Perlembagaan Persekutuan? Di mana mulianya Bumiputra Islam yang selama ini menjadi penyokong kuat UMNO/BN berbanding Babi yang tidak pernah pun mengundi UMNO/BN?
Selagi undi terus diberikan kepada calon-calon UMNO/BN dalam mana-mana pilihanraya akan datang, maka akan berkekalanlah golongan Bumiputra Islam menjadi bangsa pariah yang dipandang sebagai kasta paling hina di India. Malah lebih hina dari babi!
No comments:
Post a Comment