Tuesday, 10 August 2010

TIADA MASALAH PUSAT HANTAR PEMANTAU



Oleh : KREW SABAHKINI.NET

PENGERUSI Pimpinan PKR Negeri Sabah, Ahmad Tamrin Haji Jaini memberitahu kepada Pemangku Ketua Cabang PKR Tenom, Gunsibin Yosundang bahawa Majlis Tertinggi Pimpinan Pusat telah mentauliahkan Hanif Zuhdi sebagai pemantau Mesyuarat Agung dan pemilihan Ketua Cabang dan Ahli-Ahli Jawatankuasa, Wanita dan AMK Tenom yang akan diadakan pada 19 September 2010.

"Untuk bersikap adil dan saksama, pemantau mestilah dipilih dari orang yang berkecuali dari Pusat demi untuk melicinkan perjalanan Mesyuarat Agung dan pemilihan yang benar-benar menggambarkan demokrasi," jelas Ahmad Tamrin.

Kata Ahmad Tamrin lagi, sesiapa sahaja anggota yang membayar yuran dan nama mereka ada dalam senarai daftar pemilih di daerah tersebut, maka mereka berhak memilih atau dipilih menjadi calon untuk bertanding sebarang jawatan yang mereka mahu.

Ketika Krew Sabahkini.net bertanya perlantikan Hanif sebagai pemantau, Gunsibin menjelaskan bahawa beliau tidak menghadapi sebarang masalah mengalu-alukan kedatangan pemantau tersebut.

“Saya akur dengan keputusan para anggota parti, kalah atau menang jawatan ketua bukan perkara penting, yang penting PKR mesti menang dalam PRU13,” ujar Gunsibin sambil tersenyum.

Ketika Krew Sabahkini.Net menghubungi Halik Zaman untuk mendapat ulasan berhubung isu ini, beliau berkata memang ianya satu kelainan yang paling baik; apatah lagi diatur oleh Pucuk Pimpinan Pusat.

“Dengan cara begini, setelah selesai pemilihan semua anggota bersatu semula. Musuh di hadapan kita adalah UMNO/BN bukan anggota sendir,” tegas Halik.

Menjawab satu pertanyaan, Halik berkata bahawa beliau belum terfikir untuk bertanding apa-apa jawatan kerana setakat ini beliau masih sibuk dengan program menambah keahlian PKR Tenom; apatah lagi tiada had masa yang ditetapkan.

"Rakyat Sabah pernah buat kejutan, tidak mustahil PRU13 yang akan datang rakyat Sabah akan membuat satu lagi kejutan dan berharap akan lebih dasyhat daripada PRU-12," kata Halik yang meyakini PRU-13 menjadi penentu kepada BN dan Pembangkang.

No comments:

Post a Comment