Sunday 3 July 2011

1 MURID, 1 SUKAN BENTUK MODAL INSAN



KERUMUN….V.K.Liew dikerumuni oleh murid-murid sekolah berkenaan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

PROGRAM Larian Serentak 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia bagi Peringkat Sekolah Kebangsaan Muhibbah, Sandakan yang disertai seramai 975 murid dan 230 ibu bapa yang turut mengambil bahagian dalam beberapa acara sukan yang dipertandingkan, mencipta sejarah bernilai kepada sekolah berkenaan sejak 1990-an.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk V.K.Liew telah melancarkan larian tersebut yang di adakan di padang sekolah berkenaan di sini kelmarin.

Dalam ucapannya antara lain menjelaskan program Larian Serentak 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia yang diadakan seretantak pada pagi ini yang melibatkan penyertaan seramai 4.1 juta murid yang membabitkan 9,980 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh Negara.

Program berkenaan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia di Ipoh Perak dan boleh dicatat ke dalam Malaysian of Book Records bagi kategori ‘Largest Participation of School Students in Run’ kerana julung-julung kali kali diadakan di negara kita.

Namun Dasar 1 Murid, 1 Sukan, ini kata V.K.Liew bertujuan untuk mewajibkan setiap murid yang sihat mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu jenis sukan yang ditawarkan oleh sekolah masing-masing.

BANGGA….V.K.LIEW bergambar bersama-sama 975 murid yang menyertai progran larian tersebut.

Katanya lagi, penyertaan murid dalam aktiviti sukan di sepanjang tahun tanpa mengira pencapaian adalah bertujuan untuk membina modal insan yang holistik yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, disamping itu juga dasar ini dijangka dapat melupuskan persepsi (tanggapan) bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia terlalu mementingkan kepada tahap pencapaian akademik murid sahaja.

Selain itu Liew menambah Dasar 1 Murid, 1 Sukan ini menjurus memberi tumpuan kepada kebanyakan murid yang kurang mahupun tidak aktif dan bergiat dalam sukan sekolah masing-masing.

“Apa yang perlu ditekankan di sini, selepas pelancaran dasar ini, pelaksanaannya dapat dilihat dan dirasai di sekolah ini yang membabitkan guru besar yang merupakan pendorong dan nadi penggerak utama program ini yang semestinya disokong oleh semua pihak, termasuk para guru dan juga para ibubapa juga supaya murid-murid terlibat dalam aktiviti sukan sepanjang tahun,” ujarnya.

13 comments:

  1. It's good that V.K Liew is willing to take time to attend.

    ReplyDelete
  2. Pencapaian akademik dan ko-kurikulum haruslah seimbang.

    ReplyDelete
  3. semoga para pelajar sedar akan pentingnya keseimbangan antara akademik dan kokurikulum.

    ReplyDelete
  4. pencapaian murid di sekolah haruslah seimbang..

    ReplyDelete
  5. kecemerlangan berdasarkan kepada pencapaian akademik sahaja harus diubah..

    ReplyDelete
  6. Popular si V.K.Liew. hehehe. Kira baguslah dia sanggup meluangkan masa kan :)

    ReplyDelete
  7. Apapun paling poenting ialah keseimbangan. Pastikan murid cemerlang dalam segala aspek :)

    ReplyDelete
  8. Balance is very important for a student. Not only student should focus on their studies but also in terms of curriculum.

    ReplyDelete
  9. Its good that V K Liew make time to attend this event. All the best in each and every students in Malaysia.

    ReplyDelete
  10. ini sesuatu yang baik dan dapat membantu membentuk modal insan yang seimbang.

    ReplyDelete
  11. VK Liew harus sentiasa mendekati rakyat seperti apa yang dilakukannya sekarang ini.

    ReplyDelete
  12. para pelajar harus aktif dan cemerlang dalam akedemik dan kokurikulum. barulah seimbang.

    ReplyDelete
  13. setiap sekolah perlu ada inisiatif sendiri untuk memberikan yang terbaik kepada pelajar2nya.

    ReplyDelete