Friday, 8 July 2011

1,320 PESAKIT BUAH PINGGANG DI SABAH



SERAH…Kelihatan Lajim sambil diperhatikan ahli jawatankuasa penganjur menerima cek sumbangan dari SHAREDA yang disampaikan oleh Presidennya Datuk Susan Wong pada majlis tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

SERAMAI 1,320 orang-pesakit buah pinggang kronik di Sabah memerlukan bantuan daripada penderma bagi meringankan beban mereka membiayai kos rawatan, termasuk perbelanjaan pemindahan buah pinggang.

Yang Dipertua Yayasan Buah Pinggang Sabah (YBPS), Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kos pemindahan buah pinggang di negara ini adalah di antara RM 60,000 hingga RM70,000; manakala pembedahan di luar negara boleh mencecah RM 200,000 hingga RM 250,000.

Lajim yang juga pengidap penyakit buah pinggang sejak 1986, berharap perhatian daripada ahli keluarga bagi memastikan pesakit buah pinggang juga berpeluang meneruskan kehidupan mereka, termasuk bersedia mendermakan buah pinggang mereka.

Beliau berkata demikian pada majlis penerimaan cek sumbangan kepada Yayasan Buah Pinggang Sabah yang disumbangan oleh Datuk Susan Wong Siew Guen, Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartatanah Sabah (SHAREDA) di Kota Kinabalu kelmarin; sebagai sumbangan persatuan tersebut bagi penganjuran Majlis Amal malam tersebut yang diadakan pada malam ini bertempat di Magelan Sutera, Kota Kinabalu.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berharap dapat menggumpul sehingga RM700,000 bagi mengisi tabung YBPS.

Menurut Lajim lagi, hasil usaha dan kerjasama YBPS dengan Kementerian Kesihatan, hampir kesemua hospital di Sabah telah dilengkapi mesin hemodialisis bagi memudahkan mereka menjalani rawatan mingguan.

Beliau juga turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa menjaga kesihatan, khususnya permakanan bagi mengelak diserang penyakit buah pinggang. Tambah beliau seramai 3 hingga 4 orang pesakit buah pinggang baharu dikesan di Sabah setiap bulan.

No comments:

Post a Comment