Friday, 8 July 2011

ADAU JANANG GAYUH KK, AHAD INI



Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

MASYARAKAT Bisaya yang tinggal di Kota Kinabalu dan sekitarnya dijemput hadir ke sambutan Adau Janang Gayuh bagi Zon Kota Kinabalu yang akan diadakan pada 09 Julai ini bermula dari 8.00 pagi hingga ke petang bertempat di Dewan Besar Dewan Bahasa dan Pusataka Cawangan Sabah, Teluk Likas, Kota Kinabalu.

Pengerusi Penganjurnya, Tarawi Haji Rukut (sisipan kanan) berkata, Sambutan Adau Janang Gayuh merupakan hari kebesaran dan menjadi wadah pertemuan bagi masyarakat Bisaya, khususnya yang menetap dan bertugas di Kota Kinabalu bagi mengeratkan lagi hubungan silatulrahim di kalangan mereka.

“Sebagaimana sambutan Adau Janang Gayuh dibuat mengikut Zon, dan bagi cawangan Kota Kinabalu kita tidak terkecuali merayakan sambutan ini, khusus bagi memberi peluang kepada masyarakat Bisaya di Kota Kinabalu dan sekitarnya bertemu sambil menyaksikan acara yang kita adakan sepanjang majlis ini berlangsung,” katanya ketika ditemui di Kota Kinabalu.

Menurut Tarawi yang juga Naib Presiden (PBBS) Presiden (PBBS), Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersama isteri Datin Seri Panglima Hajjah Normilah Siong akan memeriahkan sambutan kali ini dan seterusnya akan merasmikan majlis tersebut.

Tambah Tarawi, selain persembahan kebudayaan, pada sambutan kali ini juga Buku Direktori Usahawan Bisaya, usaha seorang usahawan, Bisata Ahmad Barawi Haji Moktar akan dilancarkan.

Direktori ini bertujuan untuk menghimpunkan usahwan warga Bisaya dalam satu komuniti yang menjadi platform untuk bertukar-tukar idea dan info perniagaan di kalangan sesama usahawan Bisaya.

Selain itu, diharap berupaya memberi impak positif bagi menyalurkan info-info perniagaan bagi anak muda warga Bisaya yang berminat menceburi bidang perniagaan.

Di samping pelancaran direktori dan persembahan kebudayaan, pengunjung juga beperluang memperolehi hadiah melalui cabutan tiket dan bertuah dan bagi pengunjung yang terawal hadir ke majlis ini mereka akan mendapat cenderahati berupa pelekat kereta Sambutan Adau Janang Gayuh 2011 yang terhad kepada 300 orang pengujung bertuah ke majlis tersebut.

No comments:

Post a Comment