Monday, 11 July 2011

BELIA ‘RAKAN KONGSI’ SETIAP PROGRAM



TERTARIK……Lajim tertarik dengan pameran Kelab Kereta yang turut menyertai karnival tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

USAHA menangani masalah remaja perlu digerakkan dengan kegiatan-kegiatan yang menjadikan setiap program turut berperanan membawa golongan ini sebagai 'rakan kongsi' terhadap kegiatan yang dianjurkan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, langkah itu perlu disesuaikan dengan cita rasa remaja masa kini yang sekali gus dapat menarik penglibatan mereka bersama dalam menggerakkan transformasi negara.

Menurut beliau, usaha membawa perubahan besar yang menyeluruh dan komprehensif menuju sebuah negara maju, ia turut menuntut transformasi sosial yang melibatkan golongan belia sebagai pelengkap.

''Kebiasaannya golongan ini dikaitkan dengan pelbagai gejala sosial, namun hakikatnya golongan ini mampu menjadi 'kawan' kepada kerajaan dengan syarat segala aktiviti dirancang dengan baik dan teratur yang menepati cita rasa mereka,'' katanya ketika berucap merasmikan Karnival Belia Gegar Beaufort anjuran Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort, kelmarin.

RAMAH...Lajim turut beramah mesra dengan anggota kelab motor berkuasa tinggi yang sebahagiannya datang dari negara Jiran Negara Brunei Darulsallam.

Lajim yang Ahli Majlis Tertinggi Umno yakin dan percaya jika segala program serta aktiviti sosial dilaksanakan mengikut perancangan yang betul, golongan belia atau remaja mampu menjadi pelopor kepada perubahan besar negara kelak.

"Semampu yang boleh, kita ajak mereka untuk menjadi kawan kita, libatkan mereka dengan kegiatan yang dirancang dengan baik. Kalau kita jauh dari mereka, kita tidak dapat menyelami keperluan serta kehendak mereka," ujarnya.

Program yang diatur bercorak karnival selama sehari itu dihadiri kira-kira 3,000 belia dari kawasan Parlimen Beaufort.

Turut hadir, Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort, Isnin Haji Aliasnih; Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim; Pegawai Daerah Beaufort Wong Foo Ten; Ketua Pergerakan Pemuda Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beaufort Mohd.Azman Datuk Seri Panglima Haji Lajim.

Menurut Lajim, bila berdepan dengan golongan belia, kita pendekatan masa lalu. Tidak boleh diguna pakai, sebaliknya pendekatan yang perlu ialah memahami jiwa mereka kerana cita rasa, sikap, kecenderungan remaja tidak sama seperti dulu.

''Untuk membela mereka, perlulah kita memahami jiwa mereka, dengan cara untuk membela mereka, perlulah kita memahami jiwa mereka, dengan cara ini kita dapat mencapai matlamat dan tujuan sebenar,'' katanya.

SOKONGAN.....Lajim bersama Isnin dan kepimpinan Umno bahagian Beaufort turut menurunkan tanda tangan pada kain pembidang sebagai tanda sokongan kepada kerajaan di bawah Kepimpinan Perdana Menteri Datuk seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa program tersebut.

Sambil memuji usaha yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort dengan pendekatan menghampiri generasi muda dalam program tersebut, Lajim berkata, tidak boleh dilihat dari sudut politik semata-mata, sebaliknya perlu merangkumi perspektif kemasyarakatan yang lebih luas.

Katanya, masalah menarik penyertaan generasi muda timbul apabila ramai di kalangan mereka tidak memahami atau meminati aspirasi perjuangan politik.

Menurut beliau, golongan tersebut masih tidak mempunyai kesedaran politik dan idealisme perjuangan UMNO selain kerap diasak dakyah pihak tertentu.

''Dengan adanya pelbagai kegiatan kegiatan sesuai dengan cita rasa golongan ini, dapat menarik mereka kembali yakin terhadap dasar dan perjuangan Umno dari menuntut kemerdekaan; dengan pengisian pelbagai program pembangunan yang turut dikecapi oleh golongan ini,“ katanya

Dalam pada itu, Lajim turut memuji penganjuran karnival tersebut kerana berjaya menarik ramai belia dan remaja dari kawasan Parlimen Beaufort melalui pelbagai program yang diadakan sepanjang karnival tersebut.

Katanya, usaha Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort itu amat penting untuk memastikan kelangsungan perjuangan parti membela masyarakat Melayu dan bumiputera di samping mengeratkan perpaduan selari dengan konsep 1 Malaysia.

17 comments:

  1. I've seen this pink Hello Kitty car before.

    ReplyDelete
  2. belia adalah penentu hala tuju negara akan datang..merekalah yang akan menggantikan pemimpin2 sekarang..

    ReplyDelete
  3. pemimpin2 sekarang mungkin perlu bersara dari dunia politik dan memberi ruang kepada belia..tetapi malangnya sampai mati pun pemimpin2 sekarang tetap mahu berkuasa..sebab itulah para belia menjauhkan diri dari pemimpin2 sekarang yang 'out of dated' /expired..

    ReplyDelete
  4. bukan tidak mempunyai kesedaran politik, tetapi tidak diberi ruang untuk para belia ini bergerak dengan ideologi dan pemahaman mereka sendiri..asyik2 pemimpin expired mahu kongkong sampai mahu bernafas pun susah..diharap Lajim melihat perkara ini secara menyeluruh, dan bukannya dari sudut pandangan beliau selaku seorang pemimpin yang di ambang 'expired/out of dated'.

    ReplyDelete
  5. mungkin satu undang2 harus diwujudkan berhubung dengan had umur seseorang individu menjadi wakil rakyat..contohnya yang layak menjadi wakil rakyat hanyalah 21 tahun ke atas dan di bawah 60 tahun..

    ReplyDelete
  6. golongan belia harus melibatkan diri dalan program yang berfaedah, mereka adalah penentu masa depan negara.

    ReplyDelete
  7. masa depan negara terletak ke atas bahu golongan belia masa kini.franklin roosevelt, presiden amerika syarikat berkata,"kita tidak selalunya dapat membina masa depan untuk belia, tetapi kita dapat membina belia untuk masa depan". sementara sukarno, presiden indonesia, "berikan aku seorang pemuda,nescaya akan ku goncangkan dunia".

    ReplyDelete
  8. ''Dengan adanya pelbagai kegiatan kegiatan sesuai dengan cita rasa golongan ini, dapat menarik mereka kembali yakin terhadap dasar dan perjuangan Umno dari menuntut kemerdekaan; dengan pengisian pelbagai program pembangunan yang turut dikecapi oleh golongan ini,“ katanya

    that's a good move!

    ReplyDelete
  9. Setuju dengan Lajim :) Jadi semua program serta aktiviti sosial haruslah dilaksanakan mengikut perancangan yang betul. hehe

    ReplyDelete
  10. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

    ReplyDelete
  11. pelbagai program yang melibatkan belia akan membolehkan belia mengisi masa mereka dengan aktiviti yang berfaedah.

    ReplyDelete
  12. selain itu, belia itu sendiri juga perlulah sentiasa melibatkan diri dengan sebarang aktiviti yang dirancang untuk mereka.

    ReplyDelete
  13. Makin aktif Lajim ni. Dekatkan diri dengan rakyat dan dengarkan permasalahan mereka. Dengan kelebihan yang Lajim ada, semoga lebih banyak kemajuan dan bantuan dapat disalurkan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  14. Golongan belia atau remaja mampu menjadi pelopor kepada perubahan besar negara kelak jika mereka diberi peluang untuk mengutarakan idea mereka dengan lebih terbuka.

    ReplyDelete
  15. daripada mengumpul beratus ribu rakyat mengadakan tunjuk perasaan, baik gunakan dana dan tenaga itu untuk mengadakan program2 yang bermanfaat kepada rakyat seperti ini..

    ReplyDelete
  16. Teruskan usaha untuk mendekati rakyat. Pastikan sebagai wakil rakyat tidak lupa dengan sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  17. Seharusnya program sebegini harus dilakukan selalu untuk lebih kita mengenali rakyat. Rakyat haruslah menyokong program-program yang memberikan kebaikkan kepada kita bukan seperti perhimpunan yang tidak ada kesudahannya.

    ReplyDelete