Oleh : CHANG SHAK HUNG
BIRO Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan menerusi Biro Publisiti dan Sebaran Am akan menganjurkan Bengkel Kewartawanan Terbuka selama dua hari pada pertengahan Ogos ini.
Pengerusinya, Puan Noraini Sulong (gambar atas) telah membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk ‘Peranan Wartawan Bantu Membangunkan Negara’ semasa mempengerusikan mesyuarat pembentukan jawatankuasa kecil pelaksana program tersebut yang diadakan Bilik Mesyuarat Dewan Masyarakat Sandakan, kelmarin.
Menurut Noraini, tujuan menganjurkan bengkel tersebut yang bakal dijalankan selama 2 hari berturut-turut pada 15-16 Ogos ini adalah untuk menggalakkan dan mengetengahkan para remaja dan belia yang cenderong serta berminat dalam aspek kerjaya kewartawanan.
“Di daerah Sandakan, bilangan anak-anak bumiputera yang melibatkan diri dalam bidang kerjaya sebagai wartawan tidak sampai 30 peratus berbanding dengan keterampilan masyarakat Cina,” katanya yang mengakui wartawan begitu berperanan dalam status sosial masyarakat majmuk di Malaysia.
Antara wartawan yang berkhidmat di daerah ini Yusop Teppo (Utusan Borneo), Rozzalin Hashim (New Sabah Times), Polina (Berita Harian), Shaimon S Jumadi (Sabahkini.Net), Villa Mohamed (Utusan Borneo) dan Mustafah Mohd Hassan (New Sabah Times); dua lagi daripada BERNAMA dan dua orang daripada RTM Sandakan yang tidak tersenarai.
Noraini menambah, 3 orang penceramah yang merupakan wartawan sensasi dan berpengalaman luas daripada dua media bakal dijemput untuk membentangkan kertas kerja masing-masing yang berkaitan dengan kerjaya bidang kewartawanan; iaitu Mutalib M.D, (Ketua Editor Sabahkini.Net) dan Mustafah Mohd Hassan (New Sabah Times) serta Shaimon S Jumadi (Sabahkini.net Wilayah Sandakan).
Kata Noraini lagi, dengan adanya bimbingan asas melalui bengkel itu bakal disertai oleh para remaja dan belia nanti, sedikit sebanyak dapat mendidik mereka mengenai kaedah-kaedah penulisan berita semasa.
“Semua orang boleh menulis sebab ada pelajaran, tetapi tulisan berita tidak sama tulisan-tulisan biasa mereka mesti faham dan mengetahui selok belok berita,” jelas Noraini lagi.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai bengkel ini boleh mendapatkan keterangan lanjut serta borang daripada Noraini Sulong 019-8033711 atau boleh datang terus ke Pejabat Sabahkini.Net Wilayah Sandakan, Blok 17, Lot 3D, Taman Mesra, Sandakan.
This workshop will be good for those working in the journalism sector and also for those who are interested in writing.
ReplyDeletediharap golongan belia dan remaja yang berminat mengambil peluang ini untuk mengikuti bengkel kewartawanan tersebut.
ReplyDeleteini merupakan peluang kepada mereka yang berminat dengan bidang kewartawanan.
ReplyDeleteorang ramai yang berminat, sila gunakan peluang ini untuk mendalami bidang kewartawanan.
ReplyDeleteSatu bengkel yang bagus. Harap bengkel ini akan mendapat sambutan.
ReplyDeleteWahh encik Mutalib MD pun dipanggil juga ya...hehe harap2 dgn bengkel ini, ramai la yg berminat untuk menyahut cabaran untuk menjadi wartawan ya hehe..
ReplyDeleteThis is a good workshop. Make sure this news is being circulate around so people will know about it.
ReplyDeleteApa lagi warga Sandakan, ambil peluang ini. Siapa tahu anda mungkin akan menjadi wartawan yang berjaya suatu hari nanti.
ReplyDeletekalau dapat buat di seluruh Sabah lagi bagus.. biar banyak wartawan di Sabah..
ReplyDelete