Thursday, 7 July 2011

SI ‘BESAR MULUT’ BUKAN DEWA!



Saudara Pengarang,

PENJELASAN Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun yang turut memegang potfolio Pelajaran, dalam media tempatan; memang tepat dan kena pada tempatnya kerana selama ini para pemimpin di Sabah dalam genggaman dan jajahan takluk minda pemimpin Kuala Lumpur, terutama pemimpin UMNO.

Rakyat Sabah tidak punya kuasa penentu, pemimpin BN seolah-olah dipasung dan dicucuk hidung seperti kerbau. Jika melawan atau menyuarakan hak mereka akan dianggap menderhaka dan disentap turun dengan ganas; sebagaimana yang terjadi kepada Allahyarham Tun Mustapha, Tun Fuad Stephens, Tan Sri Harris Salleh dan juga Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Sikap pemimpin ‘Besar Mulut’ seperti Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Puad Zarkashi yang berjubah BN menjual maruah rakyat Sabah seolah-olah mereka ‘Dewa’ yang perlu disembah dan tempat meminta-minta.

Masa untuk membohongi rakyat Sabah sudah lama berlalu dan sepatutnya pemimpin Persekutuan, tidak kira apa juga jawatan, sedar diri bahawa tanah yang mereka pijak mempunyai ‘tuan’ dan tidak boleh sewenang-wenangnya menceroboh dan membuang najis sesuka hati.

Pernahkah Puad terfikir bagaimana murid-murid di Sabah dapat maju dalam pelajaran sedangkan semua guru yang dihantar ke Sabah baru keluar daripada makmal dan langsung tidak berpengalaman. Apabila mereka sudah mahir, mereka ditukarkan kembali ke Semenanjung dan Sabah terus menerima ‘bahan mentah’ yang terpaksa dimasak lagi selama beberapa tahun sebelum mahir dan begitulah seterusnya.

Janji Puad untuk menyelesaikan isu GSTT mungkin tidak seteruk janji untuk memenggal lehernya demi untuk menunjukkan bahawa beliau pemimpin agung yang sanggup mengorbankan diri untuk rakyat jika BN gagal tunai janji.

Sebaiknya, Puad tidak lagi menjejakkan kaki ke Sabah jika hanya menjual ‘sup lidah’ di Sabah terutama kegagalan Puad memastikan guru terlatih di Sabah diberikan peluang kenaikan pangkat, terutama ke jawatan Guru Besar, Pengetua atau Guru Penolong Kanan atau Guru Pakar.

Tidakkah Puad malu menghantar lebih 250 orang Juruteknik Komputer yang hanya berkelulusan SPM daripada Semenanjung dan puluhan ribu guru daripada Semenanjung Malaysia sehingga menafikan hak rakyat Sabah untuk berbakti kepada negeri mereka sendiri.

Puad telah membunuh jiwa para guru di Sabah dengan merendahkan martabat mereka dalam isu GSTT dan kelayakan menjadi guru, sedangkan rakyat Sabah bukan lagi bercawat atau tinggal di atas pokok.

Salam Hormat,

YB DATUK ERIC MAJIMBUN

14 comments:

  1. Sabahan should serve Sabah.

    ReplyDelete
  2. harap Sabah memperoleh kuasa autonominya untuk melaksanakan pentadbirannya dalam pelbagai perkara.

    ReplyDelete
  3. isu yang berlaku seharusnya ditangani dengan sebaiknya. saya setuju dengan shiro, Sabah perlu diberikan autonomi untuk melaksanakan pentadbirannya agar menjadi lebih lancar.

    ReplyDelete
  4. Sabah seharusnya mempunyai hak untuk menentukan sistem pendidikan mereka kerana mereka lebih memahami dan mengetahui apa yang diperlukan oleh murid2.

    ReplyDelete
  5. Sabah membangun sudah bukan macam dulu tidak kira dari segi pendidikan, perguruan, kejuteraan, dan sebagainya, Sabah tidak ketinggalan.

    ReplyDelete
  6. Kita perlukan pemimpin2 seperti Datuk Masidi yg berani menyuarakan pendapat mereka yg mungkin boleh menyinggung perasaan para pemimpin di peringkat Persekutuan...

    Sementara itu, Datuk Puad sya rasa tak perlu la melenting sebegitu rupa, kerana sebagai seorang menteri, beliau perlu la profesional & menerima teguran dgn hati yg terbuka...

    tgk la Datuk Masidi kita, cool saja bila keluarkan kenyataan balas...

    Syabas Datuk Masidi!

    ReplyDelete
  7. Mungkin dulu pemimpin dan rakyat Sabah senang2 dibuli di mata golongan2 tertentu, tetapi kini tidak. Pemimpin dan rakyat Sabah akan bangkit untuk menuntut hak mereka!

    ReplyDelete
  8. Sepatutnya para pemimpin perlu lebih terbuka dalam menerima sebarang kritikan dan tidak menganggapnya negatif atau serangan peribadi. Jangan jadi seperti segelintir individu apabila sudah berada di atas, mudah lupa diri.

    Semoga pemimpin Sabah dan Persekutuan dapat saling bekerjasama dengan baik.

    ReplyDelete
  9. sabah berhak menentukan pembangunannya sendiri..

    ReplyDelete
  10. rakyat tidak memerlukan pemimpin yang bermulut besar kerana yang bermulut besar ni selalu menipu rakyat..yang penting poket penuh dengan duit rakyat.

    ReplyDelete
  11. pemimpin dari semenanjung hanya tahu menabur janji2 kosong di sabah..yang penting mereka dapat sokongan..sabah harus berpihak kepada pemimpin tempatan untuk berdiri sendiri..sudah sampai masanya sabah menolak parti2 semenanjung.

    ReplyDelete
  12. whatever promises that were made to the people must be fulfilled. Failing to fulfil it will only make the people lose trust in you.

    ReplyDelete
  13. Don't let the people down!

    ReplyDelete
  14. siapa lagi yang rakyat harapkan untuk menyuarakan masalah mereka kalau bukan pemimpin sendiri. memang tepat tindakan Datuk Masidi menegur pemimpin di peringkat persekutuan. supaya pemimpin2 ini tidak terus meremehkan masalah yang dihadapi oleh rakyat. tahniah Datuk!

    ReplyDelete