Saturday, 16 July 2011

HANYA DAPAT SAMPUL, WANG LESAP?



Oleh : KREW SABAHKINI.NET

KEGEMBIRAAN pasukan bola sepak pemuda Kg Kuala Biah di Keningau meskipun hanya mendapat tempat ketiga, ternyata bersifat sementara. Apabila pihak penganjur pertandingan bola sepak 9 sebelah oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) N.37 Sook, memberi sampul kosong hanya berisi perkataan wang tunai RM200 dan RM30 bagi harga medal yang sepatutnya mereka terima.

Seorang bapa peserta pasukan itu melahirkan rasa terkejutnya kerana apabila anaknya membuka sampul tersebut ternyata hanya kertas kosong yang tidak memberi makna apa-apa.

“Kami tidak tahu nasib pasukan yang lain terutama yang menjuarainya kerana sebaik menerima penyampaian kami terus pulang kerana penat,” kata salah seorang peserta yang memberitahu krew Sabahkini.net

Pertandingan tersebut telah dilancarkan oleh Ketua Bahagian PBS N.37 Sook, Datuk Bernard Maraat di Padang Penjara di sini dan dianjurkan atas nama Pemuda PBS Sook.

Sebanyak 19 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan itu dengan yuran penyertaan sebanyak RM50.

Difahamkan pertandingan itu pada mulanya dianjurkan mengikut mukim di kawasan N37 Sook. Namun pihak penganjur gagal mendapatkan penyertaan dan menerima 19 pasukan tersebut yang turut melibatkan kawasan di luar Sook.

“Siapapun yang menganjurkan kami sertai kerana kami memang suka bermain bola, tetapi pada masa akan datang kami tidak akan menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh parti ini, meskipun dia parti kerajaan kerana menipu dan memanipulasikan penyertaan kami,” kata Abui dengan kecewa.

Pasukan Kuala Biah adalah antara pasukan yang digeruni di daerah Keningau kerana sering memenangi pertandingan bola sepak yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan dan parti.

“Ini adalah pertama kali kami dilayan,” kata Abui.

Seorang veteran yang anaknya adalah salah seorang ahli pasukan yang menerima hadiah itu berkata, beliau serta anggota pasukan, malahan para penyokong terkejut melihat sampul surat kosong yang hanya bertulis RM200 +RM30 itu.

“Kami menelefon seseorang yang mengurus pertandingan itu yang bernama Jahinin, dia memberitahu beliau hanya AJK dan yang bertanggungjawab tentang hadiah itu ialah Ketua Pemuda PBS Sook tetapi berjanji akan menyelesaikan masalah itu,” kata veteran itu.

“Malangnya sehingga kini budak-budak itu belum menerima hadiah mereka. Jangan bunuh semangat mereka dengan janji-janji kosong,” kata veteran tersebut.

Veteran itu berkata, mereka tidak mungkin akan menagih lagi hadiah tersebut kerana ianya sudah lama berlalu. Namun katanya tindakan penganjur itu mematahkan semangat kesukanan para belia.

“Biarlah budak budak itu memutuskan di masa yang akan datang untuk menyertai mana-mana pertandingan. Sebagai orang tua galakan itu tetap ada tapi kami tidak mahu mereka dihina dengan sampul surat kosong, kerana itulah yang ditawarkan dan yang mereka layak dapat,” kata veteran tersebut,.

Majlis penyampaian hadiah itu diadakan pada 18 Jun lalu di Padang Penjara, Keningau.

Bagaimanapun sabahkini tidak dapat menjejaki Ketua Pemuda PBS kerana beliau tinggal di Mukim Dalit yang sukar dihubungi.

Namun apa yang terjadi, nasi sudah menjadi bubur. PBS N.37 Sook yang diketuai oleh Datuk Bernard Maraat, telah menjatuhkan imej dan maruah PBS secara keseluruhannya. Bukan menjadi rahsia lagi, Bernard sering mendapat orang yang salah untuk dipercayai.

11 comments:

  1. Hope that explanation will be given. Where did the money went?

    ReplyDelete
  2. bagus juga kalau sekeping kertas berbentuk cek. ini pula hanya sekeping kertas dengan tulisan rm200+rm30.apa maknanya??seolah-olah mereka ni dipermainkan.harap Bernard akan segera dihubungi untuk memberi penjelasan.

    ReplyDelete
  3. mgkin mereka terlupa nak masukkan wang tersebut, apapun, harap hal ini selesai.

    ReplyDelete
  4. mungkin sebab kesilapan. pekara seperti ini pasti boleh diselesaikan tanpa perlu diperbesarkan.

    ReplyDelete
  5. harap ada penyelesaiannya jangan biarkan perkara ini tergantung begitu sahaja.

    ReplyDelete
  6. nanti nama kerajaan juga yang menjadi busuk.

    ReplyDelete
  7. Bagaimanaka hal ini boleh berlaku? Mungkinkah ada kesilapan atau...???

    ReplyDelete
  8. Apapun, harap hal ini dapat diselesaikan segera.

    ReplyDelete
  9. tidak malukah Ketua Pemuda PBS Sook membuat penipuan seperti ini?? pucuk pimpinan perlu ambil tindakan terhadap mana2 pemimpin mereka yang telah mencalarkan imej parti.

    ReplyDelete
  10. Mungkin hadiah diberikan nanti. Apa pun janganlah lakukan perkara sebegini. Jika ingin menganjurkan sesuatu pastikan apa yang perlu adalah lengkap.

    ReplyDelete
  11. baru kena batang hidung....... banyak la ko punya kerajaan prihatin. duit rm200+rm30 pun nak kebas ka. kalau nak cakap bayar kemudian (hutang), terlalu besarkah nilai ini sehinggakan mesti dihutang-hutang. nanti, masa nak kasi penjelasan, jgn lupa tipu yg kejadian itu sebenarnya adalah gurauan. kita tengok berapa org akan gelak terbahak-bahak sampai muntah kuning.

    ReplyDelete