Saturday, 16 July 2011

PAKATAN CELA KENAIKAN TARIF ELEKTRIK



Oleh : MEDIA PAKATAN RAKYAT

GABUNGAN tiga organisasi Pakatan Rakyat dan SAPP telah sebulat suara bersepakat menghantar memorandum bantahan kepada SESB Batu Sapi, untuk mencela kenaikan tarif bil eletrik bermula kelmarin, 15 Julai 2011 kerana membebankan rakyat, khususnya di kawasan Batu Sapi yang hidup serba daif dan miskin tegar.

Menurut jurucakap Pakatan Rakyat, Zainuddin Hassan, mereka membantah kenaikan tarif berkenaan kerana yakin akan memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada pengguna, disebabkan pekilang akan menyerap kerugian mereka dengan menaikkan harga barang.

“Kita fikir, SESB terlalu mementingkan keuntungan sedangkan mereka boleh mengurangkan kos dan meminimakan kehilangan bekalan elektrik akibat kecurian; sebaliknya mereka memilih jalan mudah iaitu dengan menaikkan tariff 15 %,” kata Zainuddin yang kesal kerana pihak industri dan komersial tidak mempunyai pilihan selain memindahkan lebih kos kepada pengguna.

PKR diwakili Zainuddin, manakala Hj Hamzah Abdullah mewakili PAS; Hiew Vun Zin bagi pihak DAP dan SAPP menghantar Liau Fook Kong bersama ramai anggota parti Pakatan Rakyat.

Tegas Zainuddin, belum tiba masanya SESB menaikkan tarif elektrik di Sandakan kerana tidak ada jaminan bekalan elektrik akan pulih tanpa gangguan, malah akan menyebabkan pengguna menanggung kos berganda akibat kesilapan SESB.

“Mungkin inilah hadiah yang dijanjikan selepas pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi tahun lalu. Malang bagi rakyat yang terpaksa menelan dengan pahit kerana janji pembangunan tidak tertunai, sebaliknya kos hidup mereka terus meningkat melalui kenaikan tarif tanpa restu rakyat,” ujar Zainuddin lagi.

10 comments:

  1. SESB should set up their own power generating plant so that they can stop relying on these IPPs.

    ReplyDelete
  2. memang tidak wajar tarif ni dinaikkan pada hal gangguan bekalan elektrik selalu terganggu. biarlah perkhidmatan tersebut diperbaiki dahulu barulah fikirkan untuk menaikkan tarif.

    ReplyDelete
  3. kena pastikan kualiti perkhidmatan dipertingkatkan terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  4. lebih baik jika kumpulan ini memberikan cadangan bagaimana kenaikan boleh dielakkan...

    ReplyDelete
  5. increasing it will only burden the people. I hope the responsible authority will review this matter.

    ReplyDelete
  6. If the tariff were to increase, make sure the quality of serve must also increase.

    ReplyDelete
  7. Saya rasa semua pihak pun tak suka dengan kenaikan ni... Keluhan rakyat harus diberi perhatian sewajarnya.

    ReplyDelete
  8. Jika memang tak dapat dielakkan, pastikan kenaikan tarif meningkatkan kualiti perkhidmatan juga. hehe

    ReplyDelete
  9. tidak ada kerajaan di dunia ini yang sengaja menempah risiko dengan membebankan rakyat yang telah mengundi mereka..

    apa2pun saya harap sekiranya Pakatan berjaya merampas kerajaan, Malaysia akan menjadi satu2nya negara di dunia yang mana harga barang dan perkhidmatannya tidak pernah naik sampai selama2nya.

    ReplyDelete
  10. Masalah ini pasti semua pun tidak setuju. Tapi nak buat bagaimana kerajaan ada sebab menaikkan tariff elektrik ini. Jadi terima seadanya. Kita cuma minta kerajaan memikirkan sebelum bertindak.

    ReplyDelete