Saturday 2 July 2011

JAGA PERPADUAN DAN SENSITIVITI KAUM



PRIHATIN…...Lajim sedang menyampaikan sumbangan kerusi roda dan kewangan kepada Mohd. Jamil Bin Majid yang mengalami kecacatan fizikal semenjak lahir dan kini yang berumur 15 tahun.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

MASYARAKAT di negara ini diingatkan supaya memelihara perpaduan dan menjaga sensitiviti kaum bagi mengelakkan sebarang pertentangan kepentingan yang merugikan negara.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, justeru rakyat Malaysia yang pelbagai etnik dan agama tidak harus terperangkap dengan hasutan serta tuntutan melampau pihak tertentu.

Katanya, masyarakat perlu berfikiran rasional dan menghayati sejarah negara supaya tidak terpengaruh dengan usaha pihak tertentu demi menjaga perpaduan dan keharmonian yang dicapai sekarang.

"Jangan rosakkan perpaduan yang terjalin sekarang tetapi sebaliknya menjadi golongan barisan hadapan untuk mempertahankan kemakmuran negara daripada diganggu-gugat.

"Perpaduan dan keamanan yang dinikmati rakyat Malaysia merupakan 'harga' yang tidak ternilai kerana mereka bebas bergerak melakukan pelbagai aktiviti tanpa gangguan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Kenduri Sekampung di masjid Kampung kerukan dekat sini petang kemarin

Hadir sama Pengara YADIM Sabah Haji Samin Haji Ongki serta pemimpin masyarakat setempat

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort yakin rakyat di Sabah khususnya di kawasan tersebut sentiasa menyokong kerajaan kerana mereka menerima pelbagai kemudahan infrastruktur, ekonomi, pendidikan dan sosial.

Katanya, keyakinan itu kian menyerlah apabila Perdana Menteri memperkenalkan gagasan 1Malaysia yang mengutamakan rakyat dalam pelbagai perkara supaya mereka dapat hidup lebih baik, aman dan makmur.

AMANAT…Lajim sedang berucap di majlis tersebut.

Sehubungan dengan itu Pengerusi Perhubungan Sukarelwan PERKIM Sabah ini meminta rakyat di negeri ini agar tidak terpengaruh dengan dakyah serta propaganda yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu antaranya menganjurkan perhimpunan BERSiH yang dilihat lebih membawa kesan negetif terhadap keamanan dan kemajuan Negara.

Beliau juga turut memuji usaha yang diambil oleh penduduk kampong Kerukan yang mengambil inisiatif menganjur aktiviti Kenduri Sekampung yang dilihat sebagai wadah menyatupadukan disamping mengeratkan hubungan silatulrahim masyarakat setempat

Di majlis tersebut Lajim turut menyertai masyarakat Islam setempat di samping turut menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada seorang kanak-kanak kurang upaya Mohd. Jamil Bin Majid yang mengalami kecacatan fizikal semenjak lahir dan kini yang berumur 15 tahun

8 comments:

  1. Betul. Hargailah keamanan yang kita ada sekarang.

    ReplyDelete
  2. Harus bijak menilai dan tidak mudah terpengaruh dengan hasutan2 yang boleh menggugat keamanan dan perpaduan kaum.

    ReplyDelete
  3. kita harus saling menghormati untuk memupuk perpaduan.

    ReplyDelete
  4. kita semua perlulah mengekalkan perpaduan yang ada agar kita terus hidup dalam keharmonian.

    ReplyDelete
  5. We need to be able to maintain racial harmony.

    ReplyDelete
  6. Harap pekara sebegini akan tetap diteruskan. Jangan bila perlu saja.

    ReplyDelete
  7. contoh pemimpin yang baik. Harap kekalkan semua ini.

    ReplyDelete
  8. kerajaan juga perlu memainkan peranan dengan tidak bersikap double standard terhadap mana2 pihak yang cuba memecah belahkan perpaduan kaum di negara ini.

    ReplyDelete