Saturday 2 July 2011

NOTIS PENYELENGGARAAN DAN GANGGUAN



Oleh : MUTALIB M.D

GANGGUAN yang berterusan sejak tiga hari lalu sehingga menyebabkan Sabahkini.net tidak dapat dilayari selepas jam 11 malam sehingga jam 7 pagi dijangka akan berpanjangan dan berharap para pembaca dapat bersabar dan mengalihkan kepada http://sabahkinimirror.blogspot.com jika tidak dapat melayari www.sabahkini.net.

Sejak ruangan komen diwujudkan, pihak kami bukan sahaja mendapat amaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, malah pelbagai kutukan dan ancaman daripada pemimpin tertentu kerana komen yang keterlaluan yang dibuat di laman ini.

Sabahkini.net tidak berniat untuk menghalang kebebasan atau menapis komen, tetapi memerlukan kerjasama pembaca budiman untuk memberikan komen yang bernas agar portal ini terus dapat dilayari 24 jam tanpa henti. Sebarang kesulitan daripada gangguan ini amat dikesalkan dan diharap bersabar.

6 comments:

  1. Mungkin tidak tahu macam mana lagi nak salurkan rasa geram mereka, itulah komen2 yang diberikan pun terlebih bernas dan panas. Semoga sabahkini terus memaparkan isu2 yang berlaku di Sabah dan juga menjadi medium suara rakyat.

    ReplyDelete
  2. pemberian komen haruslah berisi dan bernas dan elakkan keluarkan bahasa yang kesat.

    ReplyDelete
  3. komen yang bernas dan menggunakan perkataan yang baik penting bagi menyampaikan suara hati.

    ReplyDelete
  4. Hope that commentator will make better comments.

    ReplyDelete
  5. Semoga Sabahkini.net akan memberikan lebih maklumat yang berguna kepada rakyat.

    ReplyDelete
  6. saya juga tidak suka dengan hujah2 beberapa commentator yang terlalu emosional sehingga sanggup menggunakan perkataan lucah, jijik, sensitif atau yang seangkatan dengannya.

    ReplyDelete