Wednesday, 6 July 2011

KARNIVAL BELIA MENGGEGAR BEAUFORT



BERI PELUANG….Mohd.Ishak yakin karnival ini memberikan peluang kepada golongan muda tonjolkan bakat dan potensi diri sebagai pemimpin pelapis.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

DIJANGKA lebih daripada 2,000 orang belia dijangka akan berkumpul dan mengegarkan kawasan tapak tamu Pekan Beaufort dan Dewan Masyarakat Pak Musa Beaufort, pada 10 Julai depan dalam program Karnival Belia Gegar Beaufort.

Karnival yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort itu akan menghimpunkan persatuan belia serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkan pelbagai aktiviti selain penglibatan agensi serta jabatan kerajaan.

Pengerusi Penganjurnya yang juga Ketua Pergeraan Pemuda Umno Bahagian Beaufort, Mohd.Ishak Haji Ibrahim berkata, karnival ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada golongan sasar ini, namun dijadikan wadah bagi memperkukuhkan perpaduan generasi muda agar memiliki jatidiri, ketrampilan, semangat juang di samping mendidik mereka memiliki semangat patrotisme kepada bangsa, agama dan Negara.

IMBAS KEMBALI…Mohd. Ishak (dua dari kanan) ketika mengiringi Lajim dalam pelancaran rakan motosikal Pemuda Umno Beaufort dalam program 1 Belia 1 Beaufort sebelum ini.

Menurut beliau melalui program ini bukan sahaja bakat dan potensi golongan ini dapat digilap namun mereka dapat dikumpulkan dalam satu program yang bermanfaat dan ini dengan sendirinya dapat menghindari mereka dari terjebak dengan eleman yang kurang sihat.

“Dalam Karnival ini kita masukkan beberapa program yang sesuai dengan minat dan citarasa golongan ini, di samping kita menyediakan pelbagai infomasi dan gerai pameran yang boleh dijadikan rujukan, bagi golongan ini memperolehi maklumat berhubung dengan dasar dan program kerajaan dan boleh mereka manfaatkan untuk memajukan diri mereka,” katanya lagi.

Antara acara yang dijangka akan menarik perhatian golongan muda dan orang ramai ialah Motorshow, Drift, 3 On 3 Basketball, Bola Tampar, Battle Of The Band, Wheely Kapcai dan Pertandingan Fotografi.

Menurut Ishak yang juga Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, setakat ini lima kelab dari negeri ini termasuk satu kelab dari Brunei Darulsalam dijanga hadir untuk memeriahkan karnival ini iaitu Sabah Big Bikers, Kelab Kenari Sabah, Klab Skuter Sabah, Pendeta Club dan Harley Davidson Group Burunei.

“Penganjuran karnival tersebut adalah satu manifestasi pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan golongan belia dalam proses pembangunan Negara,” tambah Mohd.Ishak.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin akan merasmikan karnival yang julung kalinya pernah dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort

7 comments:

  1. The government should organize more job fairs to help these people get jobs.

    ReplyDelete
  2. Belia di negeri ini tidak dilupakan. Kerajaan sentiasa mencari inisiatif untuk mengiktiraf sumbangan belia dalam pembangunan negara.

    ReplyDelete
  3. harap karnival ini memberikan manfaat yang besar kepada golongan belia.

    ReplyDelete
  4. karnival seperti ini memang baik dan diharap penganjurannya akan mencapai matlamat.

    ReplyDelete
  5. semoga karnival ini mendapat sambutan ramai.

    ReplyDelete
  6. Semoga karnival ini akan mendapat sambutan dari para belia dikawasan tersebut.

    ReplyDelete
  7. teruskan program2 seperti ini dan fokuskan kepada semua daerah..

    ReplyDelete