Wednesday, 6 July 2011

JANGAN TERKELIRU CERITA KARUT DI BLOG



LAYAN...Dato Sri Nasir (dua kiri) tetap mesra melayan keluhan rakyat di setiap majlis menemui rakyat di peringkat akar umbi dan kampung di kawasan DUN Senallang, Semporna.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

RAKYAT di kawasan-kawasan luar bandar dinasihatkan tidak terpengaruh dengan propaganda pihak tidak bertanggungjawab mengelirukan pemikiran rakyat yang menyebarkan pelbagai fitnah dan cerita karut marut memburukkan kerajaan melalui internet, laman-laman sosial dan blog.

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun (Dr.) Sakaran, berkata kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat yang telah memberikan mandat dan akan meneruskan misi ‘Tradisi Membela Rakyat‘ dengan menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat yang memerlukan tanpa mengira anutan agama, sukukaum mahupun ideologi politik.

Beliau menambah, perbuatan ikut-ikutan dengan menyebar fitnah terhadap kerajaan adalah perbuatan yang tidak baik sebaliknya akan merugikan diri sendiri.

Dato Sri Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Senallang, menegaskan semua rakyat hendaklah mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat melalui pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan dan tidak mudah percaya dengan khabar angin yang sering memburukkan nama pemimpin dan kerajaan melalui laman maya.

Nasir menjelaskan, sepatutnya kemudahan yang disediakan oleh laman maya dimanfaatkan menimba ilmu dan pengetahuan bukannya sebagai wadah mencaci maki dan memburukkan nama seseorang individu atau pemimpin.

Beliau menegaskan, sekiranya ada sebarang permasalahan atau ketidakpuasan hati mahupun syak wasangka terhadap sesuatu isu hendaklah diselesaikan secara baik dan perundingan serta melalui saluran yang betul supaya ianya tidak menimbulkan fitnah.

Ujarnya lagi, bantahan melalui demonstrasi jalanan yang menimbulkan keresahan rakyat juga bukanlah jalan penyelesaian malah akan mencetuskan huru hara dan rusuhan yang akhirnya merugikan semua pihak.

Katanya, rakyat hendaklah memelihara keharmonian kaum sambil mengeratkan perasaan muhibbah dan bersatupadu mempertahankan keamanan, kesejahteraan dan kedaulatan negara yang dibina selama ini; bukannya mahu menghancurkannya melalui demonstrasi jalanan yang tidak berfaedah.

Nasir berkata, negara ini mengamalkan demokrasi berpelembagaan dan gunakan saluran yang betul menyampaikan hasrat hati.

Dato’ Sri Haji Nasir Tun Sakaran yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna, berkata demikian sempena program turun padang menemui rakyat di kampung Tanjung Perapat dan Kuala Bibang, Semporna.

Turut serta dalam rombongan itu Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna, OKK Haji Sabaani; Pegawai Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang, Roslan Jalaludin dan AJK Pemuda UMNO Semporna, Abdul Malik Haji Tahir.

Sempena lawatan itu Dato Sri Nasir menghadiri Majlis Bersama Rakyat dan Sambutan Hari Bapa Tanjung Perapat; Meninjau pembinaan rumah PPRT dan beramah mesra dengan masyarakat kampung Kuala Bibang.

Sehubungan itu katanya, rakyat juga hendaklah sentiasa meneyemarakkan perasaan harmoni bersatu padu sambil menghayati rukun negara serta taat dan setia kepada raja yang menjadi payung negara.

9 comments:

  1. Sendiri kena pikir & menilai sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  2. Readers must not believe everything that they read. They must learn to make their own analysis.

    ReplyDelete
  3. diharap internet, laman2 sosial dan blog tidak digunakan untuk memfitnah mana-mana pihak. sebaiknya fitnah itu harus dihindari.

    ReplyDelete
  4. Media memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat yang benar.

    ReplyDelete
  5. Pembaca harus bijak menilai maklumat yang disampaikan.

    ReplyDelete
  6. setiap individu perlu bijak dalam menilai sesuatu isu yang dimainkan. jangan mudah terpengaruh.

    ReplyDelete
  7. rakyat kena bijak menilai sesuatu berita yang disebarkan.

    ReplyDelete
  8. Betul apa yang disampaikan oleh Blog-blog tidak semestinya tepat. Kerana mungkin itu hanya pandangan, khabar angin, dengar dari orang dan sebagainya. Pasti belum ada kebenaran semua yang disampaikan.

    ReplyDelete
  9. macam mana dinasihatkan sekalipun, realitinya rakyat mudah terpengaruh dengan apa sahaja isu yang bermain2 di Internet.. kalau tidak mahu rakyat terpengaruh, rajin2 la buat kenyataan balas atau penjelasan..

    ReplyDelete