Tuesday, 5 July 2011

MIGRATION FUNDBOARD, PALANIVEL JUMPA MUSA



PRESIDEN MIC, Datuk G Palanivel berkata beliau akan membawa beberapa isu tertangguh yang melibatkan masyarakat India di Sabah semasa bertemu Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di sini September ini.

Beliau berkata Pengerusi MIC Sabah, V Jothi telah diberi kepercayaan untuk mengatur pertemuan tersebut dan berharap ia akan mencapai penyelesaian yang diharapkan.

Palanivel berkata salah satu isu besar ialah mengenai janji yang dibuat sekitar 1950-an kepada masyarakat India dari Semenanjung bahawa mereka akan diberi sekurang-kurangnya 15 ekar tanah di Sabah oleh kerajaan British ketika itu sekiranya mereka berhijrah dan bekerja di Sabah.

"Kami mempunyai dokumen untuk menyokong perkara ini dan sehingga kini janji tersebut belum ditunaikan. Sesetengah generasi lama telah meninggal dunia tetapi anak-anak mereka mengharap janji ini ditunaikan," katanya semasa merasmikan Konvensyen MIC Sabah di sini Isnin.

Beliau berkata MIC juga mahu kerajaan negeri membantu dan menegakkan hak masyarakat India di Sabah seperti memberi status penduduk tetap kepada mereka yang telah lama menetap di Sabah dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonominya.

"Masalah ini tidak ditangani sepenuhnya dan saya akan mengetengahkannya semasa perjumpaan dengan Ketua Menteri kemungkinan dalam bulan September," katanya.

Palanivel berkata majoriti masyarakat India di negara ini kembali menyokong Barisan Nasional (BN) dan ini melegakan MIC dan BN.

"Perdana Menteri kita (Datuk Seri Najib Tun Razak) mendengar pandangan kita dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang melibatkan masyarakat India di negara ini.

"Dengan pendekatan ini, saya yakin masyarajat India akan kembali menyokong BN," katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi meggesa masyarakat India di Sabah untuk menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.(BERNAMA)

11 comments:

  1. Hope that they are able to resolve this migration problem.

    ReplyDelete
  2. tunggu dan lihat apa hasilnya nanti. yang penting setiap isu diselesaikan dengan cara terbaik.

    ReplyDelete
  3. berkenaan dengan masyrakat India kemabali menyokong BN, itu petanda yang baik bagi BN.

    ReplyDelete
  4. Isu tanah lagi. Kalau ada bukti, rasanya tiada masalah untuk ditunaikan teta[i mungkin akan mengambil masa.

    ReplyDelete
  5. Baguslah masyarakat India masih menaruh kepercayaan mereka terhadap BN.

    ReplyDelete
  6. janji tersebut telah dibuat berpuluh tahun yang lalu sebelum Malaysia merdeka lagi. adakah ia masih wajar untuk dituntut?

    ReplyDelete
  7. diharap hak2 rakyat India tidak diabaikan walaupun mereka hanya kaum minoriti di Sabah.

    ReplyDelete
  8. Semoga pertemuan ini akan dapat menyelesaikan masalah yang timbul.

    ReplyDelete
  9. Isu pemberian tanah kpd kaum India di Sabah tidak pernah timbul sebelum ini, Apa ini? politik murahan kah? Kaum India di Sabah adalah pendatang langsung dari India yang kemudian diberi MyKad... Presiden MIC pikir KDM Sabah bodoh kah? sedangkan rakyat asal Sabah pun masih ada berjuta yang belum mempunyai tanah.. Ini lah kerja2 UMNO/BN di Sabah yang perlu ditumbang pada PRU ke13...

    ReplyDelete
  10. selesaikan dahulu isu tanah penduduk asal Sabah.

    ReplyDelete
  11. perjanjian itu masih boleh diguna pakai ka? saya juga tidak bersetuju jika kerajaan negeri sewenang2nya memberikan tanah Sabah kepada orang lain selain rakyat tempatan Sabah.

    ReplyDelete