Tuesday, 5 July 2011

UMNO SEKONG TAJA BAS SEKOLAH PERCUMA



RASMI….Samsudin sedang melancarkan upacara perasmian kenderaan yang digunakan sebagai bas sekolah kepada kanak-kanak miskin selama setahun.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : FADZIL AG TAHIR

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sekong, Datuk Haji Samsudin Yahya melancarkan Program Perkhidmatan Pengangkutan Bas Sekolah secara percuma selama setahun untuk 60 orang penuntut kawasan Batu Sapi, bermula Isnin lepas.

Program ‘Jom Ke Sekolah’ yang ditaja oleh UMNO Bahagian Batu Sapi bertujuan memberi bantuan tersebut kepada penduduk khususnya para ibubapa yang kurang berkemampuan.

Samsudin yang dihubungi oleh Sabahkini.Net semalam antara lain menjelaskan, inilah adalah dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa memberi bantuan kepada rakyat di kawasan yang diwakilinya.

Katanya lagi usaha sedemikian yang dipaktikan oleh Pemuda UMNO kawasan berkenaan yang begitu perihatin terhadap rakyat yang berstatus miskin seharusnya di sambut baik oleh semua pihak; kerana usaha sebegini jarang-jarang terdapat di mana-mana kawasan DUN yang memberikan perkhidmatan pengangkutan percuma.

Ditanya mengenai desas-desus daripada pihak pembangkang yang mendakwa kononya seramai 1,000 ahli UMNO/BN di jangka akan keluar beramai-ramai menyertai parti Pakatan Rakyat khususnya PKR pada masa terdekat ini, Samsudin menegaskan bahawa semuanya satu propaganda dan spekulasi semata-mata, dengan tujuan untuk menarik perhatian pengundi di kawasan Batu Sapi.

“Jika benar dan untuk membuktikan, saya cabar tolong senaraikan nama-nama mereka, khususnya ahli-ahli UMNO yang didakwa kononnya bakal keluar meninggalkan UMNO dan menyertai PKR,” ujarnya.

Dalam hal ini, kata Samsudin, beliau tidak ada hak atau menghalang mana-mana ahli UMNO ingin keluar daripada parti ini jika itu pilihan mereka sendiri.

9 comments:

  1. Good suggestion, free school bus can reduce the burden for the parents.

    ReplyDelete
  2. langkah yang amat baik. ini dapat membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan bas sekolah secara percuma.

    ReplyDelete
  3. langkah ini diharapkan dapat meningkatkan lagi semangat para pelajar untuk ke sekolah.

    ReplyDelete
  4. Satu usaha yang baik. Diharap bantuan ini dapat mengurangkan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah dalam kos pengangkutan anak ke sekolah.

    ReplyDelete
  5. Teruskan usaha murni untuk membantu mereka yang kurang kemampuan. Tentang desas-desus pertukaran parti, pembangkang memang suka membuat spekulasi untuk menarik perhatian awam.

    ReplyDelete
  6. program ini sangat baik untuk meringankan beban ibubapa yang kurang berkemampuan. harap program2 sebegini akan dilaksanakan dari masa ke semasa.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih dengan taja bus tersebut. Semoga pelbagai bantuan akan diberikan lagi kepada penduduk.

    ReplyDelete
  8. tajaan bas sekolah ini bgs bai membantu pelajar miskin datang ke sokolah. diharap lebih byk lagi bas2 yang akan ditaja.

    ReplyDelete
  9. bantuan itu hanya untuk setahun? bukankah lebih baik jika bantuan itu diteruskan selagi ada penduduk miskin di kawasan tersebut?

    ReplyDelete