Friday 1 July 2011

4 NGO BUAT BANTAHAN BERSIH



EMPAT empat pertubuhan di Tawau, dua daripadanya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) membuat laporan polis di sini bagi membantah rancangan kumpulan pengacau untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini di Tawau.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Kalabakan, Gasing Saling bersama wakil Kelab Sukan Komuniti Sebatik, Kelab Tinju Amatur Tawau dan Umno Cawangan Kampung Perdana, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada 9 pagi kelmarin.

Pertubuhan berkenaan meminta pihak berkuasa supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang rancangan perhimpunan haram yang dikatakan akan dibuat di kawasan Pasar Tanjung, Tamu Takada dan Pasar Sin On.

"Kita berharap orang ramai tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan haram berkenaan kerana ia boleh menggugat keamanan dan keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum di negara ini," katanya.

Gasing berkata beliau mendapat maklumat kononnya kira-kira 1,000 orang akan mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan dengan 1,500 helai baju kuning telah dicetak untuk Sabah dan 200 helai daripadanya sudah dijual. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment