Monday, 4 July 2011

SKANDAL ‘VARIATION ORDER’ TIDAK BENAR


Oleh : NADZERAH ABDULLAH (nadzerah@rurallink.gov.my)

MERUJUK kepada dakwaan kononnya berlaku skandal ‘Variation Order’ (V.O) di KKLW bagi Projek Sistem Bekalan Air Mukim Tulid/Lanas/Sook di Negeri Sabah, KKLW menafikan berlakunya V.O untuk perojek ini kerana projek ini masih di dalam peringkat perolehan.

Lantikan untuk syarikat belum lagi dibuat. Sehingga kini tiada sebarang ‘Arahan Perubahan’ dikeluarkan oleh KKLW.

Dakwaan : Manipulasi Spesifikasi Kontrak

Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk menyediakan bekalan air bersih dan terawat meliputi 90% di negeri Sabah dan Sarawak serta 98% di Semenanjung.

Keperluan bekalan air setiap negeri adalah mengikut kajian terperinci oleh Pihak Berkuasa Air Negeri seperti Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah (JANS) di mana bekalan air sedia ada dari Loji Pembersihan Air Sook berkapasiti 1.5 MLD hanya mampu menampung keperluan permintaan bekalan air penduduk Pekan Sook sahaja. Bagi jangkamasa panjang, JANS telah menetapkan spesifikasi dan rekabentuk untuk memenuhi keperluan bekalan air sehingga tahun 2020.

Penetapan spesifikasi dan rekabentuk ini adalah memastikan air dapat dibekalkan kepada ketiga-tiga mukim iaitu Sook, Tulid dan Lanas yang mana memerlukan loji rawatan air berkapasiti 8MLD untuk menampung keperluan semasa penduduk berjumlah 17,895.

Jumlah ini dijangka akan bertambah kepada 33,889 orang pada tahun 2020. Oleh itu, tidak timbul sebarang manipulasi kontrak memandangkan keperluan spesifikasi dan rekabentuk telah dikenalpasti lebih awal berdasarkan ‘Need Statement’ yang disediakan oleh JANS.

Dakwaan: Pelantikan Perunding Yang Mempunyai Rekod Buruk:

Perunding Perkasa telah dilantik pada 23 Julai 2010 oleh Lembaga Perolehan Agensi KKLW yang dipengerusikan oleh mantan Ketua Setiausaha KKLW yang turut dianggotai oleh wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Kewangan.

Oleh itu dakwaan bahawa YBhg Dato’ Yussoff Dohab bersekongkol dengan Juruperunding Kanan, Perunding Perkasa (Azmi) adalah tidak benar dan tidak berasas. Hasil semakan dengan Kementerian Kewangan juga mendapati bahawa Perunding Perkasa tidak mempunyai rekod buruk sepertimana yang didakwa.

Sehingga kini, Kementerian masih belum melantik kontraktor sama ada dari negeri Sabah atau negeri Sarawak untuk melaksanakan projek tersebut dan masih di peringkat untuk memuktamadkan pelantikan kontraktor oleh Lembaga Perolehan Agensi KKLW.

Sukacita juga dimaklumkan bahawa berdasarkan rekod perkhidmatan YBhg. Dato’ Yussoff Bin Dohab, Kementerian mendapati bahawa beliau tidak pernah berkhidmat di Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah (JPPS).

Malahan sejak YBhg Dato’ Yussoff Dohab berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada awal 1980-an, YBhg Dato’ Yussoff Dohab hanya berkhidmat di Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah sahaja.

Kenaikan harga projek sehingga 70 peratus daripada kos kontrak sebenar :

Kajian oleh JANS dan KKLW mendapati bahawa bagi memenuhi keperluan semasa dan jangkamasa panjang secara menyeluruh di Mukim Sook, Tulid dan Lanas, terdapat keperluan untuk menambah skop projek iaitu bagi meningkatkan kapasiti semasa loji kepada 8 MLD dan pemasangan penyambungan paip agihan baru ke 67 buah kampung.

Pertambahan skop liputan bekalan air bersih dari satu mukim (Sook) kepada tiga mukim (Sook, Tulid dan Lanas) menyebabkan pertambahan kos projek tidak dapat dielakkan. Memandangkan perolehan projek adalah secara tender terbuka, maka dakwaan berlakunya kebocoran harga projek adalah tidak berasas sama sekali.

Kami mengucapkan terima kasih kepada penulis, pengunjung dan laman web ini kerana keprihatinan memaparkan hal ehwal luar bandar. Ruang portal ini menjadi medium untuk kita berbicara, berkongsi idea, kritikan dan pandangan membina demi matlamat kita bersama untuk memajukan kawasan luar bandar.

14 comments:

  1. Harap2 semua projek kerajaan mencapai objektif.

    ReplyDelete
  2. Harap2 Sook, Tulid dan Lanas mendapat bekalan air yang mencukupi dan bersih.

    ReplyDelete
  3. We should wait for the truth to be revealed.

    ReplyDelete
  4. penjelasan terhadap isu yang ditimbulkan sebelum ini sudah pun terjawab.

    ReplyDelete
  5. apa pun, diharapkan setiap projek yang dirancang akan berjaya mencapai matlamatnya.

    ReplyDelete
  6. harap projek2 KKLW tidak akan menimbulkan isu-isu yang kurang menyenangkan tapi sebaliknya dapat dilaksanakan dengan jayanya.

    ReplyDelete
  7. Pihak yang membuat dakwaan itu ada bukti tak untuk skandal 'variation order' ni? Silap haribulan nanti kena saman pula buat kenyataan fitnah.

    ReplyDelete
  8. KKLW perlu menjaga imej mereka agar tidak timbul spekulasi2 negatif.

    ReplyDelete
  9. yang penting rakyat mendapat keperluan asas tersebut.

    ReplyDelete
  10. telah dijelaskan bahawa tiada V.O

    ReplyDelete
  11. Selain daripada mengharapkan yang terbaik, selebihnya no komen:P

    ReplyDelete
  12. Nampaknya menteri KKLW cuba untuk menutup kelemahan yang mereka ada. Kita mengharapkan Menteri KKLM akan dapat memperbaiki masalah yang terdapat. Jangan asyik menafikan kebenaran. Ini demi kebaikkan KKLW itu sendiri.

    ReplyDelete
  13. dakwaan perlulah ada asas yang kukuh.

    ReplyDelete
  14. kalau betul tidak benar, jangan tunggu lama2.. saman teruss..

    ReplyDelete