Saudara Pengarang,
WALAUPUN hujan lebat turun mencurah-curah, namun lebih kurang 15,000 penduduk Sipitang tidak berganjak mendengar amanat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Namun saya terkesima kerana sebelum Perdana Menteri berucap, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, telah mengutarakan isi hatinya penuh dengan tamsilan dan menggambarkan seolah-olah ‘perang dingin’ memang benar-benar berlaku dalam UMNO Sabah, sekalipun dinafikan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah sebelum ini.
“Sipitang ini terkenal dengan Sate yang enak, tetapi jangan pula kita terikut-ikut dengan budaya sate di Sabah kerana kerjanya mencucuk dan mengipas sahaja. Memang ramai yang mau jadi tukang cucuk, ada tukang kipas dan api pun mesti mau kuat sikit, barulah sedap,” antara kata-kata Musa yang saya ingat ketika berucap, tetapi maaf kalau saya tidak dapat dengar kesemuanya.
Tetapi bagaikan ada magnet, majoriti pemimpin UMNO dan rakyat yang hadir segera mengalihkan perhatian kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang kelihatan agak resah dipanah pandangan sepontan berkenaan.
Secara kebetulan pula, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamudin segera mengusik dan memenang tangan Shafie sehingga membuat muka Shafie marah padam kerana menyangkakan Musa melemparkan ‘Paintball’ Pemimpin Sate kepadanya seorang.
Walaupun insiden ini mungkin tidak disengajakan dan Musa pun sekadar berseloroh, namun saya melihat wajah Shafie penuh dendam kerana tidak menyangka Musa akan berkata demikian di khalayak ramai, sedangkan rakyat Sabah tahu bahawa tidak mungkin dua harimau di atas satu gunung.
Apapun, saya berharap agar UMNO Sabah terus utuh dan berjaya memimpin BN menyapu bersih 60 kerusi DUN dan 25 kerusi parlimen di Sabah sebelum menuntut kuasa autonomi selepas pilihanraya umum akan datang.
Salam Hormat,
AWANG LANGUI
Sate apa tu ah... sate kerbau ke?
ReplyDeleteWow!!!!. Kata2 yang pedas. Jangan tahu jadi tukang cucuk dan pengipas.
ReplyDeleteGud luck & all the best to our CM.
ReplyDeleteAll the best. Hope that Sabah CM will continue to work hard to serve the people.
ReplyDeletetidak perlulah menimbulkan sebarang spekulasi..yang penting semua pihak perlu menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memenuhi keperluan rakyat.
ReplyDeleteselagi UMNO Sabah menunjukkan prestasi yang baik dan KM yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat, sokongan tetap diberikan.
ReplyDeleteItu pandangan si penulis. Siapa tahu perkara yang sebenar kan.
ReplyDeletepemimpin kenalah bersikap profesional dan tidak mencampuradukkan hal peribadi dengan perjuangan parti.
ReplyDeleteBetul kata KM kerana inilah sikap sebenar masyarakat kini yang suka mengampu dan mencari kesalahan orang lain tetapi tidak cermin diri sendri.
ReplyDeletetanggapan Awang langui saja nie...
ReplyDeleteperkara sebenar siapa yang tahu..diharap rakyat tidak membuat kesimpulan yang salah seperti si Awang Langui yang mana dilihat seperti sengaja mengapi-apikan isu yang tidak pasti ada atau tiada..
ReplyDeleteHanya individu yang berkenaan sja tahu apa yang sedang beralku sebenarnya. hehe
ReplyDeleteApapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti, masa akan menentukan segalanya.
ReplyDeleteIni cuma pendapat penonton pada masa itu. Kita tidak pasti juga kebenaran dalam hal ini. Mungkin cuma apa yang dilihat oleh dia saja tapi sebenarnya apa yang dianalisis itu adalah jauh lari mengaitkan Shafie dan Musa.
ReplyDeletemmg budaya sate tak harus diikuti. tapi jgnlah kita nak membuat spekulasi bahawa wujud "perang dingin" dalam UMNO Sabah.
ReplyDeleteAWAS!! ada pihak yang sedang mencari peluang melaga2kan pemimpin di Sabah..
ReplyDelete