Oleh : KREW SABAHKINI.NET
KHIDMAT sosial korporat yang sentiasa diberikan oleh syarikat Coastal Contracts Bhd, sebuah syarikat pembinaan dan pembaikan kapal yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia, telah diteruskan tanpa mengira bangsa, agama, keturunan mahupun jenis persatuan; asalkan memenuhi inspirasi untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan, maka sumbangan ikhlas akan disalurkan tanpa karenah birokrasi.
Pada hari ini, Coastal Contracts Bhd yang diwakili oleh Bryan Chang Shak Hung, Pembantu Peribadi kepada Pengarah Eksekutif Coastal Contracts Bhd (CCB) serta wakil dari Seri Modalwan Sdn Bhd, anak syarikat CCB, Korea Ng dan Sjamsuddin Karim, telah menderma 5 kerusi roda separa automatik kepada wakil Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM, Alim Sukara.
Dalam majlis ringkas yang berlangsung di pejabat limbungan kapal Seri Modalwan Sdn Bhd, Bryan Chang telah dimaklumkan oleh Alim Sukara bahawa kegunaan kerusi roda berkenaan adalah bagi meringankan beban bekas anggota Skuad 69 PDRM yang mengalami kecederaan serius semasa bertugas suatu ketika dahulu.
Di samping itu juga, kebajikan balu-balu dan anak-anak bekas anggota Skuad 69 PDRM yang terkorban semasa bertugas dalam menjalankan operasi membanteras kegiatan komunis yang mengancam keselamatan negara ketika itu, juga tidak diabaikan dan bantuan-bantuan sentiasa diberikan kepada keluarga tersebut dalam meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga mereka.
Menyedari hakikat ini, Coastal Contracts Bhd melalui khidmat sosial korporatnya telahpun bersetuju untuk menderma kerusi roda berkenaan bagi membantu meringankan beban mereka yang terlibat agar mereka dapat hidup dengan selesa.
Alim Sukara yang mewakili Skuad 69 PDRM memberi penghargaan yang tidak terhingga kepada Bryan Chang Shak Hung dan Coastal Contracts Bhd kerana keikhlasan mereka dalam membantu masyarakat yang amat memerlukan bantuan di samping tugasan hakiki dalam perniagaan tidak langsung mengenepikan tanggungjawab sosial dalam membantu mereka yang dalam kesusahan.
Harap2 polis semakin cekap dan mesra rakyat.
ReplyDeleteIts good to know that there are companies in Sabah who are willing to do something to help the needy. Good luck to Coastal Contracts Bhd, hope that they will continue to help more people.
ReplyDeleteOther companies should follow Coastal Contracts Bhd's lead and exercise their corporate social responsibilities. All the best.
ReplyDeletekhidmat sosial korporat oleh Coastal Contracts Bhd, seharusnya dicontohi oleh syarikat yang lain.
ReplyDeleteBaguslah. Teruskan usaha murni ini. Diharap syarikat2 lain dapat mencontohi sikap mereka.
ReplyDeletesemoga syarikat Coastal Contracts Bhd akan terus berkembang maju dan melakukan tanggungjawab sosial mereka.
ReplyDeleteBila memiliki kesenangan, ringan2 kan tangan untuk membantu mereka yang memerlukan. Semoga diberkati.
ReplyDeletebegitulah, yang senang harus membantu golongan yang susah.
ReplyDeleteJasa mu tetap kami kenang. Itulah kata yang pasti kepada skuad 69.
ReplyDeletesetiap syarikat besar di negara ini wajar mencontohi Coastal Contracts Bhd dan sentiasa serius dalam melaksanakan khidmat sosial korporat masing2.
ReplyDelete