Wednesday, 6 July 2011

LIF PASAR SANDAKAN CABAR KREDIBILITI MPS



TERBENGKALAI....Projek Lif Pasar Umum yang ditutup dengan Zink warna merah.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : CHONG HON MIN

PROJEK pembinaan Lif Pasar Besar Bandar Sandakan yang terbengkalai sejak hampir setahun lalu masih menjadi teki-teki dan soalan cepumas kepada Ahli Parlimen Sandakan, Presiden MPS dan juga pertanyaan kepada masayarakat setempat bilalah agaknya projek tersebut disiapkan.

Bagaikan menjadi pantang larang atau ‘Taboo’ di Sandakan kerana sebelum pembinaan lif di Pasar Besar Sandakan, lif Wisma Sandakan telah rosak sejak lebih 10 tahun lalu sehingga mercutanda berkenaan yang menjadi salah satu destinasi pelancongan, kini bagaikan gua batu yang berhantu.

Majoriti penduduk Sandakan menanti penuh debar bilakah kerja-kerja membina lif berkenaan siap kerana lif ini adalah salah satu janji kempen pilihanraya lalu bagi memudahkan warga tua mengunjungi tingkat dua dan tiga Pasar Besar Sandakan yang lengang kerana ketiadaan lif tersebut.

Mantan Ahlli Parlimen (Bebas) Sandakan, Chong Hon Min yang menghubungi Sabahkini.net memaklumkan bahawa beliau menerima begitu banyak aduan masyarakat bahawa para peniaga telah mengadu kepada MPS, tetapi oleh kerana tidak dilayan, maka mereka mengadu kepada beliau.

“Saya fikir mengadu kepada Sabahkini.net lebih baik kerana media baru ini boleh dicapai semua pihak pada bila-bila masa dan semakin popular di Sandakan dan Sabah. Kita minta Sabahkini.net tanya Ahli Parlimen Sandakan berhubung isu ini kerana penting kepada rakyat,” kata Chong lagi yang menegaskan MPS sewajarnya peka dalam aspek pembangunan dan kemudahan asas di Sandakan.

Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), kata Chong, merupakan nadi penggerak hala tuju kemajuan prasarana dan merupakan badan pertadbir ulung pihak berkuasa tempatan yang turut mengganti peranan Urusetia Daerah.

“Presiden MPS harus lebih proaktif dengan mengepalai pegawai-pegawai dan kakitangannya turun padang untuk melihat sendiri segala keluhan dan permasalahan para pembayar cukai,” tegas Chong yang mengakui MPS semakin hilang kredibiliti sejak akhir-akhirnya kerana ketidak cekapan tadbir urus dan sikap mementingkan diri.

TERSADAI.....Peralatan Lif tersadai begitu saja dan dipagar dengan jaring dawai.

Dalam tinjauan Sabahkini.Net pagi kelmarin mendapati pembinaan lif tergendala dan semua peralatan tersadai begitu saja dan hanya ditutup dengan jaring dawai, tanpa sebarang kelibat pekerja.

Beberapa orang peniaga makanan di Tingkat 2 Pasar Besar Sandakan merungut kerana mereka kerugian setiap hari disebabkan kekurangan pengunjung pada sebelah malam dan hanya mengharapkan jualan pagi; terutama kerana disebabkan ketiadaan lif.

“Pasar ini memang menjadi kunjung ramai kerana makanan sedap dan murah. Harap kalau lif cepat siap, banyaklah sikit rezeki kami,” ujar seorang peniaga, Bechek yang mengakui mempunyai pelanggan yang ramai tetapi ketiadaan lif menjadi penghalang.

Kata Bechek, beliau mencabar mana-mana wakil rakyat untuk memikul beras 10 kilo menaiki 50 anak tangga setiap hari; begitulah kesukaran yang mereka alami setiap hari membawa barang jualan dari tingkat bawah ke tingkat 2.

8 comments:

  1. This is not convenient to the people who worked or visited there. Hope that the problem can be resolved.

    ReplyDelete
  2. harap pekara ini akan diberikan perhatian dan diselesaikan dengan segera.

    ReplyDelete
  3. begitu banyak kritikan yang telah dibuat berkenaan dengan MPS Sabahkini.net. harap pihak MPS segera bertindak memperbaiki kelemahan tersebut.

    ReplyDelete
  4. MPS, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi.

    ReplyDelete
  5. Tolong prihatin dengan masalah yang dihadapi masyarakat Sandakan.

    ReplyDelete
  6. lif pasar tersebut harus disiapkan segera.

    ReplyDelete
  7. Nampaknya Lif ini sangat berguna kepada pelangan dan juga peniaga untuk mengangkat barang.

    ReplyDelete
  8. tidak perlulah terlalu emosi sampai memberikan gambaran negatif. tingkat dua tidaklah terlalu sukar untuk bergerak malah tidak akan menjejaskan perniagaan. ada pasar yang mempunyai lebih dari 2 tingkat tanpa kemudahan lif, peniaga tidak komplen pun..

    ReplyDelete