Oleh : SHAIMON S JUMADI
PROGRAM yang disebut ‘Bringing Services To People’ yang dianjurkan di Parlimen Kawasan Sandakan dan diketuai sendiri oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V.K.Liew diterima baik penduduk setempat sebagai wadah terbaik perkhidmatan wakil rakyat.
V.K.Liew berkata, beliau mengambil langkah tersebut sebagai usaha merapatkan jurang dalam birokrasi yang dibina oleh kecuaian pihak berkuasa tempatan agar dapat memantau terus segala masalah rakyat, sejurus selepas mengadakan lawatan ke Taman Fulliwa baru-baru ini.
Katanya program yang dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan NGO seperti Persatuan Tai Chi Sandakan; Batalion 3 Rejimen 516 (AW) Askar Wataniah; Majlis Perbandaran Sandakan (MPS); Jabatan Hal Ehwal (JASA) Bahagian Sandakan; Pejabat Kesihatan kawasan Sandakan; Sandakan Aids Support Group Association; Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan; Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sandakan dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LKKP).
“Semua agensi mahupun jabatan yang terlibat menyertai program ini mempunyai peranan masing-masing ke arah melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan,” jelas V.K.Liew lagi.
V.K.Liew menambah, parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang turut mengambail bahagian menyertai program ini antaranya UMNO Bahagian Sandakan, LDP, 6 Bahagian Pemuda dan Wanita, PBS, MIC, MCA UPKO dan GERAKAN.
“Melalui program ini kita mengadakan sesi perjumpaan dengan NGO, persatuan-persatuan dan orang perseorangan di Sandakan untuk mendengar dan membantu menyelesaikan masalah mereka, terutama aduan daripada Mechanical Engineering Works Association; Persatuan Sze Yip Sandakan; Che Shiang Khor Moral Uplifting Society dan Siti Hawa Bt Abdul Kahar,” terangnya lagi
Selain itu kata V.K.Liew, acara tersebut diselitkan dengan majlis penyampaian cek-cek kepada persatuan dan individu seperti Rukun Tetangga (RT) Karamunting Baru; Rukun Tetangga Kg Melayu Bumiputera Sim-Sim Berhala Darat; The Goodes of Mercy (Kwan Yin) Sandakan; JKM Penyakit Kronik; Pertubuhan Ugama Buddha; Sekolah Kebangsaan Tanjung Papat 2; JKDB Taman Sunny (Mesin Rumput) dan JKDB Taman Fulliwah (Tangki Air); di samping menyampaikan sijil penghargaan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan yang terlibat dalam program tersebut.
Semoga program2 seperti ini diadakan lagi bukan saja di Sandakan malah seluruh daerah di Sabah untuk merapatkan jurang birokrasi.
ReplyDeleteWakil rakyat yang proaktif akan mendapat sokongan padu daripada penduduk di kawasannya.
ReplyDeletediharap program seperti ini dijadikan contoh kepada pihak-pihak lain untuk diikuti.
ReplyDeleteprgram ini amat baik dan mmg patut ia mendapat sokongan rakyt.
ReplyDeleteBaguslah jikalau begitu. VK Liew pasti tetap menjadi pilihan penduduk jika beliau teruskan usaha untuk rakyat.
ReplyDeleteDekatilah rakyat..Bantu rakyat..Itulah yang terbaik seperti VK Liew ini.
ReplyDeleteKeep up the efforts.
ReplyDeleteusaha yang baik dan patut diteruskan pada masa akan datang.
ReplyDeleteTeruskan usaha murni sebegini bagi memastikan rakyat tidak terasa dipinggirkan.
ReplyDeleteharap usaha sebigini juga dapat diperluaskan di seleuruh negeri Sabah :)
ReplyDeletesejak kebelakangan ini Datuk V.K Liew kerap turun padang berjumpa rakyat.. saya harap pemimpin2 lain juga akan mengikut langkah beliau lebih2 lagi ketika pilihanraya semakin hampir.
ReplyDelete