Wednesday, 13 July 2011

UMNO BERTANDING DI PARLIMEN PENSIANGAN?



Saudara Pengarang,

BENARKAH kerusi Parlimen Pensiangan sudah diberikan kepada UMNO sebagaimana yang diminta oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Zahid Hamidi kerana berita di akhbar tempatan baru-baru ini menyatakan Umno Pensiangan sudah sedia menghadapi PRU-13?

Sebagai ahli PBRS, saya amat terkilan dengan kenyataan liar Ketua Penerangan Umno Bahagian Pensiangan, Anthony Amin, bahawa persiapan langkah pertama adalah melantik Ketua-Ketua Peti Undi, 23 AJK dan diikuti dengan pengwujudan bilik gerakan di 36 peti undi di Parlimen Pensiangan.

Bukankah tugas ini wajar dipikul oleh Pengerusi BN Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup bagi memastikan BN mempertahankan kerusi yang diperuntukkan kepada PBRS?

Saya harap UMNO dan Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khs (JASA) Pensiangan, Hasipin Harinin tidak menjadikan penduduk Pensiangan sebagai ‘benang’ untuk menjahit pakaian mereka yang koyak; kerana tidak mendapat kerusi untuk bertanding dengan melancarkan jentera perang saraf dan propaganda terhadap PBRS.

Siapa Ketua Umno Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin untuk melantik Ketua-Ketua Peti Undi dan mengarahkan mereka melakukan upacara angkat sumpah simpan rahsia sebagai Ketua Peti Undi?

Sehubungan itu, saya merayu agar UMNO Pensiangan tidak mengajar ahli PBRS untuk ‘kurang ajar’ dengan menikam PBRS daripada belakang melalui pembolotan semua Ketua Pusat Mengundi sedangkan calon mereka tidak bertanding di Pensiangan?

Salam Hormat,

AJK PBRS ANTI TIKAM BELAKANG

No comments:

Post a Comment