Saudara Pengarang,
KEMENTERIAN Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan aktivis pengguna disaran
agar memantau kegiatan salon gunting rambut yang mengenakan harga sesuka hati
dan memperdaya pelanggan; seperti salon A Cut Above, yang ternyata mahir 'memotong
leher' pelanggan.
Sebagai pegawai kerajaan
yang bergaji tidak sampai RM3,000 dan mula berjinak dengan kad kredit, saya dan
rakan ingin mencuba perkhidmatan di sebuah salon gunting rambut yang terletak
di S128, Tingkat 2, Bangsar Shopping Centre, No. 285, Jalan Maarof, 59000 Kuala
Lumpur; sebagaimana iklan yang saya jumpa dalam majalah hiburan.
Bagaimanapun jantung saya
bagaikan berhenti berdenyut apabila melihat bil yang diberikan, sama sekali
tidak sama dengan kadar harga yang dinyatakan dalam buku perkhidmatan.
Cuba bayangkan, saya hanya
membelanjakan RM168 untuk perkhidmatan yang sama dengan yang ditawarkan A Cut
Above; namun malangnya saya 'disembelih' sejumlah RM1,355 bagi perkhidmatan
rebonding (RM400), Colour (RM200), Highlight (RM250), Memotong Kuku (RM205), Rawatan
Rambut (RM300).
Manakala rakan saya, turut
dicaj RM624 bagi perkhidmatan memotong kuku (RM165), Refleksologi (RM114),
Rawatan Rambut (RM345).
Dalam anggaran kami, caj
yang sepatutnya dikenakan tidak sampai 25 % daripada yang telah dikenakan
kepada kami dan menggesa agar KPDNKK menguatkuasakan Undang-Undang Percatutan
sebelum ramai lagi yang tertipu.
Saya juga kesal kerana
mereka menggunakan 'bleaching' untuk melakukan 'highlight' sedangkan mereka
mengesahkan hanya menggunakan warna dan bukannya 'bleaching' yang merosakkan
rambut dan meninggalkan kesan kesihatan kepada saya.
Salam Hormat,
MANGSA POTONG LEHER
No comments:
Post a Comment