Saudara Pengarang,
SELEPAS pendedahan demi
pendedahan oleh Sabahkini.net, terhadap Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya, yang
dipenuhi dengan skandal betina, salah guna kuasa, ditangkap kalwat, IC Projek
dan yang terbaru terlibat dalam jenayah mengancam musuh politik Musa Aman
kira-kira 10 tahun lalu; maka wajarlah beliau menjawab segala tuduhan yang disiarkan
di Sabahkini itu.
Malah laporan polis yang
dibuat oleh Ketua Penerangan AMK Parti Keadilan Rakyat Sabah tidak mendapat
respon; sebaliknya Adun Sekong ini hanya berdiam diri menganggap dirinya
mempunyai imuniti sebagai ADUN.
Tidak cukup dengan Skandal dan
Samsuding berlindung di bawah Undang-Undang DUN Sabah apabila melempar tuduhan
liar dan menggesa agar RCI menyiasat Ketua Pemuda Pas Sabah, Lahirul Latigu
yang kononnya 'Warga Penyu'; bagaikan melempar najis lembu ke muka sendiri setelah
AMK PKR membuat laporan polis terhadap Samsudin dan gundiknya Pia yang didakwa
PATI yang mendapat MyKad Projek.
Dalam hal ini, Samsudin sepatutnya
menerima cabaran Timbalan Yang DiPertua PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah agar
mengulangi gesaan itu di luar Sidang Dun, bagi membuktikan kenyataan beliau itu
benar.
Kita nampak dua kompenan BN,
iaitu Pemuda PBS dan Bahagian PBRS Sepanggar juga sibuk berlakon di sini dengan
membuat laporan polis terhadap Lahirul sebagai sandiwara 'Wayang Kulit' BN.
Berbalik kepada Adun Sekong,
maka sewajarnya beliau mengambil tindakan balas terhadap semua tuduhan yang
disiarkan di Sabahkini.net agar tidak terus menjadi 'pengejut' dengan
berdiamkan diri.
Kenyataannya di Free
Malaysia Today bahawa hanya membuang masa saja jika mahu melayan semua tuduhan itu,
bukanlah jawapan dari seorang pemimpin 'Anak Jantan' yang sebelum ini ternyata
'Bacul' kerana mengarahkan samseng 'mengeroyok' Lau Sue Seng.
Jika Samsudin masih terus
memilih untuk berdiam diri, maka rakyat Sekong pasti akan berfikir lima kali
untuk memangkah BN pada PRU-13, andainya segala kotoran najis yang melekat di
badan Samsudin tidak dibersihkan.
Samsudin sewajarnya mencontohi
keberanian tentera udara jepun, pada zaman perang dunia dahulu, iaitu melakukan
KAMIKAZE, demi menyelamatkan BN dan Umno sabah.
Beliau patut meletakan
jawatan dan jika mengaku dirinya sebagai rakyat Sabah tulen, maka sewajarnya
beliau menyerahkan MyKadnya kepada Panel RCI untuk dibuktikan keasliannya.
Selepas disahkan, maka
sewajarnya jika beliau betul-betul warga Asli Sabah yang disahkan dilahirkan di
Sabah, maka beliau wajar diberi peluang bertanding dan seterusnya dilantik sebagai
Ketua Menteri Sabah selepas PRU 13 nanti kerana beliau sangat popular dan
dikenali seluruh Malaysia dengan pelbagai skandal.
Salam Hormat,
MOHD DANIAL ADULLAH
No comments:
Post a Comment