TINGGAL....Penduduk kampung bagai anak ayam ditinggalkan ibu untuk disambar helang terpaksa meminta pertolongan kepada PAS setelah wakil rakyat BN enggan membantu.
BATU SAPI : Penduduk Kg
Lupak Meluas Laut kecewa kerana tidak mendapat sebarang pembelaan daripada pihak
berwajib setelah rumah mereka diancam roboh oleh pihak yang kononnya mengaku
pemilik kepada tanah yang mereka diami tersebut; setelah tanah rizab kampung
dirampas kerajaan untuk tujuan politik.
PAS Batu Sapi yang menerima
aduan penduduk kampung ini membantah pengusiran tersebut memandangkan mereka
merupakan warganegara yang telah mendiami tempat tersebut sejak lebih 40 tahun
yang lalu.
Yang Dipertuanya, Haji
Hamzah Abdullah kesal kerana pemimpin Umno, iaitu Wakil Rakyat Sekong, Datuk
Haji Samsudin Yahya dan Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin bukan
sahaja enggan menghulurkan sebarang bantuan, malah memfitnah bahawa penduduk
berkenaan adalah penyokong pembangkang.
Hamzah menyatakan bahawa
pihaknya menghulurkan bantuan sebagai pemudahcara dengan niat suci untuk
membantu rakyat yang teraniaya oleh kekejaman wakil rakyat BN sekalipun mereka
bukan ahli parti.
"Kita minta rakyat buka
mata dan lihat kebenaran. Jika Umno terus memerintah inilah yang akan sentiasa
berlaku, malah ahli UMNO sendiri ditindas. Tanah rakyat akan habis dirampas
dengan sewenangnya. Sehingga kini, kita telah mendengar desas-desus bahawa Kg
Gas di Batu Sapi ini juga akan diroboh tidak lama lagi," tambah Haji
Hamzah.
Seorang penduduk juga
melahirkan kekesalan bahawa mereka telah dijanjikan dengan rumah kos rendah oleh
Timbalan Perdana Menteri dan Adun Sekong sejak Pilihanraya Kecil Batu Sapi yang
lalu dan pecah tanah juga telah dilakukan namun semuanya tinggal janji kosong.
No comments:
Post a Comment