Saudara Pengarang,
SEORANG pemimpin harus punya
rasa kasih sayang bukan sahaja kepada rakyat keseluruhannya, tetapi juga kepada
haiwan, tumbuhan dan segala macam kerana dia menjadi contoh yang terbaik kepada
semua orang dan ciptaan Allah.
Kalau sudah seorang pemimpin
memukul rakyat di depan orang ramai, kesan wang sarang burung misalnya, yang
tidak diberi kepada yang berhak, maka itu bukan pemimpin namanya dan yang
demikian tidak layak jadi pemimpin rakyat.
Saya difahamkan seorang Ketua
Menteri pernah berkata kepadanya; "kau mahu bunuh rakyat dan kau tidak
boleh jadi wakil rakyat" dan kalau sudah ini terkeluar dari mulut seorang Ketua
Menteri maka perlu diucapkan selamat jalanlah kepada pemimpin berkenaan.
Di kawasan itu dengarnya
seorang YB Parlimen berkira-kira mahu berdiri di DUN, tetapi entah kawasan mana
yang dia inginkan dan tentu sahaja keinginannya mahu duduki kerusi Kabinet
Negeri nanti setelah tidak diberi peluang untuk duduki kerusi menteri di
persekutuan dan ini ada kemungkinan.
Tetapi seorang pejuang yang
sekian lama sejak zaman USNO lagi selalu sahaja dilupakan orang dan yang
dimaksudkan ialah Juhari Janan.
Juhari Janan ini pernah
duduki kerusi Ketua Pemuda UMNO Sabah tetapi tidak pernah diberi peluang untuk
bertanding, baik kerusi MP atau DUN dan kalau dikira jasanya lebih baik banding
yang lain dan yang tiba-tiba mendapat durian runtuh.
Kali ini saya difahamkan
kalangan pengundi di kawasan DUN Sukau mahukan Juhari Janan bertanding di
kawasan DUN Sukau dan kalau ini gagal, ada kemungkinan dia akan bertanding atas
tiket salah satu parti pembangkang dan ini kemungkinan mendapat restu daripada
Datuk Lajim Sendiri.
Nah, kita lihat di saat
akhir UMNO/BN akan hancur nanti dan inilah yang cukup menakutkan UMNO/Datuk
Musa dan kawasan Sukau atau Parlimen Kinabatangan kerana bukan lagi kawasan
yang selamat dan di sana tinggal menunggu waktu sahaja akan tersungkur
menyembah bumi.
Semuanya menjadi teka-teki
dan tidak hairan saat akhir akan ramai berlompatan menyebarang ke seberang yang
dikira-kira lebih selamat dan ramai sudahpun berkata, "biar putih tulang
jangan putih mata."
Salam Hormat,
ISMAILY BUNGSU
No comments:
Post a Comment