Saudara Pengarang,
PENDUDUK yang tinggal jauh
terpaksa memandu dan mengejar masa ke Menumbok untuk menaiki feri kerana feri
Kimanis mengamalkan sistem 'walk-in' dan hanya boleh membeli tiket di kaunter.
Manakala Feri Wawasan
Perdana hanya menggunakan feri kecil selepas kejadian yang menimpa feri besar
untuk mengangkat penumpang. Bayangkan pemandu-pemandu yang terpaksa memandu
laju dan berebut-rebut untuk sampai cepat semata-mata ingin mendapat tempat di
dalam feri.
Biarpun bertolak awal, tetapi
perkara yang tidak dapat dielakkan seperti hujan, pemandu yang lambat, bas dan
lori yang lambat boleh melambatkan perjalanan untuk sampai ke destinasi.
Sekiranya lambat sampai, pemandu terpaksa menunggu feri yang seterusnya selama
beberapa jam lebih-lebih lagi pada musim perayaan.
Oleh kerana ingin menjimat
ruang dan mengaut keuntungan, cara penyusunan kereta di dalam feri wawasan
adalah tidak teratur dan padat sehingga penumpang dalam kereta tidak dapat
keluar dari kereta dan berjalan di antara kereta.
Pintu masuk tandas dihalang
oleh kereta dan menyukarkan penumpang yang tua, wanita yang sarat mengandung
dan kanak-kanak untuk ke tandas dan memaksa mereka untuk menaiki tangga hanya
kerana ingin menggunakan tandas yang berada di tingkat atas.
Persoalannya adalah, kenapa
tiada pihak yang berkuasa yang melakukan pemantauan keselamatan ke atas setiap
feri yang ada? Kenapa pihak kerajaan tidak mahu membuat jambatan dari Menumbok
ke Labuan untuk memudahkan rakyat sedangkan Labuan dan Sabah adalah antara
penyumbang ekonomi di Malaysia?
Di manakah semua keuntungan
dari hasil rakyat Sabah dan Labuan? Sedih dan tidak adil kerana rakyat Sabah
dan Labuan yang berkerja keras tetapi orang lain yang merasa keuntungannya.
Inikah yang dikatakan “Rakyat Diutamakan”?
Salam Hormat,
MATA RAKYAT.
feri Kimanis 1 sekarang mengamalkan sistem 'booking'. siapa yg ingin booking tempat dlm feri utk kenderaan boleh menghubungi kaunter Kimanis 1 cawangan Menumbok. berkuatkuasa selepas hari raya aidilfitri yg lalu.
ReplyDeleteI am a private loan lender which have all take to be a genuine lender i give out the best loan to my client at a very convenient rate.The interest rate of this loan is 3%.i give out loan to public and private individuals.the maximum amount i give out in this loan is $1,000,000.00 USD why the minimum amount i give out is 5000.for more information
ReplyDeleteYour Full Details:
Full Name :………
Country :………….
state:………….
Sex :………….
Address............
Tel :………….
Occupation :……..
Amount Required :…………
Purpose of the Loan :……..
Loan Duration :…………
Phone Number :………
Mobile Number: +919910768937
Contact Email osmanloanserves@gmail.com