Tuesday, 13 November 2012

KEMILAU BINTANG BARU DALAM POLITIK SABAH




               
Oleh: NUR NATASYA ABDULLAH

PEMILIHAN Roger Stimin, seorang Peguam dan pendatang baru dalam arena politik bagi merebut kawasan DUN Melalap pada PRU-13 sudah pasti bukan suatu laluan mudah baginya atau sesiapa sahaja pemimpin yang dicalonkan pembangkang kerana harus melepasi pelbagai kriteria sebelum layak bergelar sebagai “Winnable Candidate,” satu-satunya pra syarat pilihan rakyat iaitu pengundi Melalap.

Jika tersilap langkah atau tersilap pilih, maka kedudukan penyandang DUN Melalap Datuk Radin Malleh yang sudah memegang tampuk kuasa di situ selama empat penggal tidak akan tergugat; malah akan meraih kemenangan mudah dengan majoriti yang lebih selesa.

Banyak faktor yang menjadi sandaran kemenangan Radin terutama perlantikan Dr Lucas Umbul, Ketua UPKO Tenom sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) turut mempengaruhi minat pengundi untuk memberi undi sekali lagi kepada BN pada PRU-13 kali ini yang beranggapan bahawa kehadiran dan perlantikan Dr Lucas itu nasib dan kebajikan mereka (rakyat) akan terus terbela.

Seperkara lagi, sudah pasti Radin akan terus menggoncang semangat rakyat Melalap bahawa kemenangan beliau amat penting untuk meneruskan pembangunan pekan Melalap dan lain pembangunan yang sudah diluluskan kerajaan seperti pembinaan jambatan dari Pusat Kebudayaan Murut (PKM) menuju ke Taman Pertanian Sabah (TPS).

Bagaimanapun, dengan kehadiran generasi muda yang berwibawa dan berwawasan seperti Roger Stimin dijangka akan dapat memadamkan segala impian dan harapan BN di DUN Melalap kerana semua telah sedia maklum bahawa prestasi BN sejak tahun 1994 sangat minima dan banyak perkara yang tidak disenangi rakyat yang mendorong mereka beriltizam untuk menukarkan kerajaan BN pada PRU-13.





Kebosanan dengan hamparan janji, kuasa kuasa autonomi rakyat yang kian terhakis; manakala tanah adat (NCR) dijadikan ladang terbesar milik kerajaan; seterusnya pemberian kerakyatan negara ini kepada warga asing serta pemberian Kad Pengenalan semakin menjadi jadi antara isu yang menjadi hangat yang tidak pernah diselesaikan oleh kerajaan BN secara mutlak, antara sebab rakyat tidak akan memberi 'muka' lagi kepada BN.

Rakyat terus beriltizam bahawa mereka mahu masalah yang berlarutan itu diselesaikan secepat mungkin menerusi seorang pejuang yang berkaliber, berani dan berwawasan seperti Roger Stimin untuk menggalas tugas ini bersama rakyat sehingga ianya mendapat penyelesaian secara demokratik menerusi sistem perundangan yang ada.

Malahan mereka tidak langsung dapat mengharapkan janji-janji pemimpin lama yang semakin lapuk politik mereka dan sekadar bijak memerangkap rakyat dengan janji janji 'retorik' namun penyelesaiannya hambar dan kosong; kerana sudah terlalu lama bermain politik. Mereka tidak berminat lagi membantu rakyat selain untuk menjaga ekonomi dan keselamatan keluarga mereka semata-mata.

No comments:

Post a Comment