TOPIK mengenai Warga Pakistan
mempunyai MyKad berteknologi tinggi disiarkan 1Suara Sabah minggu lalu mendapat
respon pelbagai pihak dan seterusnya laporan polis telah dibuat. Di harap Lebih
ramai rakyat Sabah tampil membuat aduan sekiranya ada warga asing yang memiliki
MyKad yang meragukan di kawasan masing-masing.
Kelmarin, 19 November 2012, lebih
kurang 1.43 petang, Ketua Mudanita SAPP CLC Tandek, Cik Pathlyn Leosie Mikat
yang ditemani oleh Naib Pengerusi John Charles Mitah Mikat telah datang ke Ibu
Pejabat Polis, Kota Marudu untuk buat laporan berkaitan dengan seorang warga Pakistan
yang mempunyai Mykad, ABD RAUF BIN HAMSAH, No. Mykad 640619-12-5057, beralamat
KG. Masjid, P.O.Box 42, Keningau dan didapati mengundi di Kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN) USUKAN dalam Parlimen P.169 Kota Belud.
Dalam laporan yang sama,
kira-kira jam 04:37 petang Ketua Balai Polis IPPD Keningau telah menghubungi
Cik Pathlyn bahawa laporan telah pun diterima dan sejurus itu Polis sedang
membuat siasatan terhadap pendatang asing yang dimaksudkan dan selanjutnya
memaklumkan kepada beliau (Pathlyn) agar dapat datang untuk membuat laporan
seterusnya kepada RCI di Sadong Jaya, Kota Kinabalu. (1Suara Sabah)
No comments:
Post a Comment