MENGGANAS.....Sungai
Linsudan, Keningau menganas dan hampir meruntuhkan sebuah rumah.
Oleh : SAIDI BIN EKANG
KENINGAU: Hujan lebat dan
angin kencang yang berterusan di daerah ini mengakibatkan lapan rumah rosak di
Kg. Kepayan Baru dekat sini dilanda banjir kilat baru-baru ini
.
Pemimpin Kemajuan Rakyat
(PKR) Sook, Charles Ikang berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.00 petang
hingga 11.30 malam itu turut melanda beberapa rumah guru dan bangunan pra
sekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Kepayan Baru.
Katanya, selain Kg. Kepayan
Baru, turut dilanda banjir kilat adalah Kg. Linsudan menyebabkan sebuah rumah
di kampung itu ditenggelami air.
“Dalam kejadian banjir kilat
itu sistem saliran air ke sawah penduduk Kg. Kepayan dan Baru dan Kg. Rangkai
membabitkan lebih kurang petani 50 petani musnah,” kata Charles ketika
dihubungi kelmarin.
Tambahnya, daripada lebih
kurang 50 petani yang terbabit dengan kerosakan saliran air sawah itu, dua
petani yang mengalami kemusnahan teruk padi sawah akibat banjir kita itu di
mana kira-kira sepuluh ekar sawah mereka musnah.
Sementara itu seorang guru,
Fredoline Majio, 32, berkata rumah guru yang didiami keluarga ditenggelami air
semasa beliau dan isterinya tidak berada di rumah dan hanya orang amah mereka
sahaja di rumah semasa kejadian.
Katanya, beliau hanya
mengetahui kejadian itu apabila dimaklumkan oleh amah mereka melalui telefon.
“Apabila kami sampai di
rumah, air sudah menenggelami rumah guru yang kami diami menyebabkan peralatan
seperti televisyen, sofa, almari dan sebagainya tidak dapat diselamatkan,” kata
Fredoline.
Katanya lagi, dalam kejadian
itu beliau mengalami lebih kurang RM3,000 membabitkan peralatan yang tidak
dapat diselamatkan.
Seorang lagi guru, Bernard
Benedict, 38 yang terlibat dalam kejadian itu berkata, air yang melimpah masuk
ke rumahnya hampir sampai ke paras dada, namun mereka sekeluarga sempat keluar untuk
menyelamatkan diri.
Bernard yang menganggar
kerugiannya lebih kurang RM5,000 mendakwa, air naik dengan begitu cepat kerana
beberapa pembetung parit sekolah berkenaan tersumbat.
Selepas kejadian itu,
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Ellron Alfred
Angin telah melawat rumah penduduk, sekolah dan sistem saliran air sawah yang
terjejas akibat banjir kilat itu.
Ellron yang juga Ahli Dewan
Undangan (Adun) Sook berkata, pihaknya akan memberi bantuan kepada keluarga
yang terbabit dalam kejadian bencana alam yang tidak diduga itu.
No comments:
Post a Comment