Oleh : SUSAN LOONE
Wanita Indonesia yang
didakwa dirogol oleh tiga anggota polis di Pulau Pinang mahu kes itu
diselesaikan dengan segera supaya dia boleh kembali ke negaranya. Ketua Menteri
Pulau Pinang Lim Guan Eng menyampaikan mesej tersebut kelmarin selepas mengunjungi
konsulat Indonesia, tempat wanita berusia 25 tahun itu ditempatkan sekarang.
Lim, yang diiringi Timbalan
Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dan Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul
Kassim, berkata mereka mahu memberikan sokongan moral kepada wanita tersebut
dan rakyat Indonesia amnya.
Lim berkata apabila kejadian
itu diketahui, beliau berada di luar negara di Australia.
Menurutnya, beliau akan
bercakap dengan pihak polis Pulau Pinang untuk mempercepatkan kes tersebut
supaya wanita berkenaan boleh pulang secepat mungkin.
"Inilah sebabnya
mengapa kita minta Jawatankuasa Bebas Pemantau dan Perilaku Polis ditubuhkan
supaya polis tidak akan melakukan perkara-perkara seperti itu," kata Lim
kepada pemberita.
"Kami benar-benar
mengutuk perbuatan kejam itu dan kita berdiri dengan rakyat Indonesia yang mahu
melihat keadilan dilaksanakan," tegasnya.
Lim kemudiannya
menawarkan bantuan kerajaan negeri
sekiranya diperlukan oleh wanita berkenaan atau pihak konsulat.
Lim dan rombongannya bertemu
dengan Pemangku Konsul Besar Indonesia, Sofiana Mufidah (atas) yang mengesahkan
bahawa mangsa berada dalam kesihatan yang baik.
No comments:
Post a Comment