Sunday, 18 November 2012

MARIA CHIN DITAHAN DI KKIA





BENAR....Maria (kanan) berkata apabila beliau dibenarkan melalui lapangan terbang untuk ke majlisnya, dua pegawai Cawangan Khas dilihat sibuk merakam fotonya.

Oleh : NOMY NOZWIR

KUALA LUMPUR : Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) Maria Chin Abdullah ditahan oleh pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), jam 7.30 malam semalam.

Menurut Maria, beliau ditahan dan dibawa ke bilik sambil diiringi lima orang pegawai wanita.

“Saya telah disoal siasat dalam masa 20 minit, dan apabila saya ditanya kenapa saya ditahan, pegawai itu menjawab kerana ‘saya bukan orang Sabah’.

“Kemudian, pegawai tersebut memberitahu saya bahawa nama saya telah disenaraihitamkan dan saya seharusnya tahu kenapa saya ditahan,” kata Maria apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Maria kemudian berkata mereka mengambil kad pengenalan dan difotokopi, sebelum mereka membenarkannya pergi.

“Seorang lagi ahli jawatankuasa, Ahmad Syukri Che Abdul Razak yang juga rakyat Sabah, telah diminta mengambil penerbangan pulang apabila tiba di Kota Kinabalu bulan lepas, kerana dijadualkan berucap di sebuah bengkel di sana,” katanya.

Maria berkata ini merupakan lawatan pertamanya ke Sabah selepas perhimpunan Bersih 3.0 dan tidak menghadapi masalah di sana sebelum ini.

“Ini adalah kali kedua saya mengalami masalah ini, kerana kali pertama semasa saya mahu terbang ke Nepal.

“Bagi saya, ini adalah satu tindakan yang tidak wajar. Saya mengesyaki mereka menahan saya kerana saya ahli jawatankuasa Bersih 3.0,” katanya lagi.

Ahli lain jawatankuasa pemandu Bersih yang berdepan masalah sama adalah peguam Andrew Khoo, dan bekas pengerusi Majlis Peguam Yeo Yang Poh.

Maria berkata apabila beliau dibenarkan melalui lapangan terbang untuk ke majlisnya, dua pegawai Cawangan Khas dilihat sibuk merakam fotonya.

“Selepas naik teksi di lapangan terbang saya nampak dua pegawai polis Cawangan Khas mengambil gambar saya sebelum pergi."

Maria menggesa pihak berkuasa supaya menghentikan gangguan terhadap semua ahli jawatankuasa pemandu Bersih.

“Saya telah menulis surat kepada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen mengapa kami diperlakukan begitu.

“Tetapi sehingga kini, mereka tidak memberi sebarang jawapan. Bagi saya ini sangat menjengkelkan,” kata Maria lagi.

Beliau juga berharap tidak ditahan lagi dalam perjalanan pulang dari Kota Kinabalu ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Percubaan The Malaysian Insider untuk menghubungi Imigresen Sabah menemui kegagalan.

18 comments:

  1. kedatangan kamu ke Sabah tak diundang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk kebaikkan dan keamanan sabah, memang patut orang seperti Maria Chin dihalang dari memasuki Sabah.. mereka datang ke Sabah bukan untuk membangunkan ekonomi Sabah, sebaliknya hanya untuk menganjurkan demonstrasi..

      Delete
    2. Buat apa juga datang ke Sabah jika setakat mau cakap kosongs ahaja.

      Delete
  2. jika datang tujuan tak baik, mmg patut dihalang masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutnya dia tidak perlu kecoh2 pasal ni.. bukan kali pertama dia dihalang.. sebelum ni pun dia pernah dihalang.. so terima saja la.. salahkan diri sendiri kerana suka sangat menghuru-harakan negara..

      Delete
  3. Sabah ada kuasa imigresen menhalang sesiapa dari memasuki Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalaulah saya berkuasa, semua penganjur2 Bersih saya jatuhkan hukuman buang negara,, barulah aman sikit Malaysia..

      Delete
    2. memang patut dihalang sebelum berjaya bawa pengaruh negatif ke Sabah.

      Delete
    3. Lebih baik jangan bagi masuk Sabah terus.

      Delete
  4. “Bagi saya, ini adalah satu tindakan yang tidak wajar. Saya mengesyaki mereka menahan saya kerana saya ahli jawatankuasa Bersih 3.0,”

    jadi, yang Maria Chin anjurkan demonstrasi jalanan tu wajar sangat ka? kenapa masa anjurkan demonstrasi tu, Maria tidak fikir kepentingan orang awam yang lain terutamanya para peniaga?

    ReplyDelete
  5. "Maria menggesa pihak berkuasa supaya menghentikan gangguan terhadap semua ahli jawatankuasa pemandu Bersih."

    pandai pula dia minta pihak berkuasa hentikan gangguan.. untuk lebih adil, boleh ka penganjur Bersih hentikan gangguan terhadap orang awam dan jangan menyusahkan pihak berkuasa dengan menganjurkan demonstrasi jalanan?

    ReplyDelete
  6. “Tetapi sehingga kini, mereka tidak memberi sebarang jawapan. Bagi saya ini sangat menjengkelkan,”

    tindakan penganjur2 Bersih menganjurkan demonstrasi jalanan juga sangat menjengkelkan.. suka sangat mengikut telunjuk kuasa asing yang mahu menghuru-harakan negara ini..

    ReplyDelete
  7. Penjelasan mengenai arahan kepada pihak imigresen menahan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) di lapangan terbang hanya boleh dilakukan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam lebih baik Maria Chin tanya Ketua Polis Negara

      Delete
  8. "Aktivis Maria Chin Abdullah berkata tindakan menahan di lapangan terbang ke atas aktivis dan anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih sebagai satu bentuk gangguan dan sikap kerajaan tidak menghormati hak individu seorang rakyat Malaysia untuk bebas bergerak."

    sekarang, Maria Chin pula yang kena.

    ReplyDelete
  9. "Aktivis Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang juga pengarah eksekutif Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Maria Chin Abdullah telah dipanggil oleh OCPD Dang Wangi dipercayai berkenaan dengan program NGO Gabungan Janji yang akan berhimpun di Dataran Merdeka dan beberapa negeri lain pada malam ambang merdeka."

    Rupanya sebelum ni pun sudah pernah buat kecoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pernah buat kecoh, sudah tentu membawa fahaman negatif, lebih baik jangan masuk Sabah

      Delete