KOTA BELUD: Satu komputer
riba ACER, bernilai RM1,499 bakal dimenangi sebagai hadiah utama dalam cabutan
bertuah di Ekspo Pengajian, Kemahiran dan Pekerjaan Kota Belud pada Sabtu, 10
Nov 2012 di Dewan Tun Said.
Cabutan bertuah itu juga
menawarkan 14 hadiah lain untuk dimenangi. Ia hanya terbuka kepada pelajar
Tingkatan 5 dan 6 serta pencari kerja yang mendaftar di Urusetia pada hari itu.
Hadiah-hadiah ditaja oleh Suprine dan Rafflesia Spa.
Sepanjang ekspo itu,
artis-artis tempatan seperti As Bow, Candy AF, Dayang Noraini, S Welly, Jason
& Ryan serta pelawak Adin & Co turut bersama untuk menghibur orang
ramai.
Pengerusi Penganjur, Peter
Jiton, berkata bahawa kira-kira 40 gerai telah ditempah oleh kolej dan
institusi pengajian tinggi, majikan serta agensi-agensi kerajaan yang akan
memberi maklumat relevan kepada pengunjung-pengunjung.
Acara itu dianjur bersama
oleh Yayasan Kota Belud, yang diketuai oleh Speaker Dewan Negeri, Datuk Salleh
Said Keruak dan Pejabat Daerah Kota Belud.
Kolej dan institusi
pengajian tinggi yang telah mengesahkan penyertaan mereka adalah Kolej Yayasan
Sabah, Aseana, Segi, Sidma, Masterskills, Asian Tourism Institute, Mahsa, UMS,
UMS Link, Ascot Akademi, Institut Latihan Perindustrian KK, UiTM dan Institut
Pertanian Sabah.
Kakitangan Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga ada untuk memberikan penerangan kepada
pelajar-pelajar mengenai pinjaman pelajaran yang ditawarkan untuk kemasukan ke
institusi pengajian tinggi.
Syarikat perladangan utama
seperti Sawit Kinabalu, Sabah Softwoods, Genting Plantations serta Sabah
Electricity Sdn Bhd, Kentucky Fried Chicken, Rafflesia Spa, antara lain, akan
menjalankan temuduga spontan atau temuduga on-the-spot.
Pengerusi Yayasan Kota
Belud, Datuk Salleh berkata Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah
(SEDIA) akan mempamerkan pelan induknya di bawah Koridor Pembangunan Sabah
manakala Yayasan Sabah akan mempromosikan aktiviti dan program pendidikan.
Kementerian Pelancongan,
Kebudayaan dan Alam Sekitar yang akan mempromosikan program homestay, serta
Jabatan Perhutanan Sabah turut mengambil bahagian.
“Saya juga gembira Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah akan membantu
kami sebagai rakan kongsi kerana mereka mempunyai maklumat penting yang akan
memberi manfaat kepada belia-belia kita,” katanya.
JTK Sabah akan membantu
menjalankan sesi penulisan ringkasan atau resume bagi pencari kerja serta
mempamer dan mempromosikan kegiatan yang dapat menyokong dan membantu pekerja.
Salleh juga melahirkan
penghargaan terhadap sokongan yang diberikan oleh Kementerian Pembangunan
Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, terutama Timbalan Ketua Menteri Datuk
Dr Yee Moh Chai, yang telah memberi sokongan melalui agensi-agensi di bawah
portfolio kementeriannya.
No comments:
Post a Comment