Tuesday, 20 November 2012

NORIAH KASNON, TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA





KUALA LUMPUR : Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Noriah Kasnon ditukar sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkuatkuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa di dalam kenyataan media kelmarin berkata, pertukaran jawatan itu berikutan tamat perkhidmatan Datuk Heng Seai Kie sebagai Timbalan Menteri KPWKM pada 15 November lepas.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju supaya Datuk Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ditukar jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 20 November 2012,” katanya.

Noriah sebelum ini pernah menyandang jawatan sama pada Mac 2008 hingga April 2009.

Beliau berkata sebagai menghargai pengalaman dan perkhidmatan Heng, Najib yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersetuju melantik beliau sebagai Penasihat kepada KPWKM.

Heng dilantik sebagai senator pada 16 November 2006. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, seseorang itu hanya boleh memegang jawatan senator untuk tempoh tiga tahun berturut-turut. (Bernama)

No comments:

Post a Comment