Tuesday, 13 November 2012

PDK PELENGKAP HIDUP OKU





SUMBANGAN…. Zakaria menyampaikan sumbangan berupa hamper kepada salah orang OKU.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

SAMBUTAN Hari Keluarga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Peringkat DUN Gum-Gum anjuran Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang di adakan di Dewan Serbaguna Gum-Gum Sandakan mendapat sambutan yang sungguh meriah.

Sebagai pengisian program tersebut, pelbagai acara dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan telah diadakan termasuk sukaneka.

Program yang bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir jam 3.30 petang telah dihadiri lebih 500 orang penduduk setempat yang datangnya dari pelbagai kampung berhampiran.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Gum-Gum, Datuk Hj Zakaria Hj Idris telah merasmikan program tersebut antara lain mengucapkan terima kasih kerana usaha sebegini yang diusahakan oleh pihak Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat membantu kerajaan untuk meningkatkan lagi kesedaran dan penerimaan dalam kalangan masyarakat terhadap golongan kanak-kanak istimewa (OKU).

“Kerajaan yang prihatin dan mesra rakyat melalui usaha seperti ini dapat meningkatkan lagi mutu perkhidamatan penjagaan kesihatan serta meningkatkan tahap kesihatan dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.

"Sesungguhnya, usaha pihak penganjur dan semua agensi serta individu yang terlibat adalah usaha yang yang murni dan amat saya hargai bagi meningkatkan kualiti kehidupan kanak-kanak Istimewa dan Orang Kelainan Upaya (OKU) di daerah ini dan saya yakin dengan adanya sokongan dan 'outreach' daripada kalian sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa golongan tersebut dalam penjagaan seharian mereka,” tambah Zakaria.

Kata Zakaria, Pusat Pemulihan Komuniti (PDK) yang terletak di bangunan Program Perumahan Rakyat (PPR) Gum-Gum telah beroperasi bermula pada tahun 2004 lagi, pusat ini diwujudkan sebagai satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi dan latihan asas dari segi pergerakan, pertuturan,pendidikan khas dan kemahiran dalam aktiviti kehidupan harian.

Program yang terdapat di pusat ini dibuka kepada golongan OKU dari semua jenis ketidakupayaan dan semua peringkat umur, pendekatan  yang diamalkan adalah melalui kerjasama bersepadu pelbagai sector dalam perancangan dan penyediaan perkhidmatan serta kemudahan yang diperlukan terutama  dalam aspek dan kemahiran agar aktiviti pengegahan masalah kesihatan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik.

No comments:

Post a Comment