Saudara Pengarang,
BIRO Pengaduan Awam Negeri
Sabah (BPANS) merupakan sebuah Jabatan khas kerajaan negeri yang diletak di bawah
Jabatan Ketua Menteri Sabah dan dipengerusikan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri.
Setiap menjelang Pilihan
Raya Umum, BPANS tersebut diarah untuk berjumpa degan rakyat/pelanggan untuk
menerima segala jenis aduan mengenai permasalahan atau ketidakpuasan oleh
rakyat mengenai layanan kerajaan.
Tarikh terakhir wakil BPANS
datang ke Daerah kecil Telupid ialah pada 17 Jun 2007 iaitu menjelang PRU ke12.
Saya dimaklumkan bahawa pada
22 dan 23 November ini, BPANS sekali lagi akan datang ke Telupid untuk berjumpa
dengan rakyat negeri Sabah untuk mendengar dan menerima aduan daripada rakyat
atau untuk memperbaharui segala 'Janji-Janji' yang belum pernah mereka tunaikan.
Pada pandangan umum,
tindakan BPANS hanya gerakerja membazirkan dana awam dan merupakan satu gimik
politik UMNO/BN yang biasa akan berakhir dengan 'membuang kahak di tangga' dan
membuat kerja 'hangat hangat tahi ayam'.
Buktinya, saya telah
mengemukakan satu aduan kepada BPANS pada tahun 2007 mengenai masalah tiada
bekalan tenaga eletrik ke Gerai-Gerai Tamu di pekan Telupid.
Sungguhpun sudah mendapat
kelulusan, namun tidak dilaksanakan; maka ia telah menjadi satu bukti yang
bertentangan dengan slogan Perdana Menteri "Janji ditepati".
Bekalan tenaga eletrik
merupakan satu keperluan asas dan kayu ukur penting yang diguna oleh Bank Dunia
sebagai penentu aras tahap kemiskinan yang berlaku di Sabah; maka kerajaan
seharusnya mengambil berat aduan seperti ini dengan terus membuat susulan
sehingga ke tahap perlaksanaan.
Malangnya, kandungan surat, BPANS:
600-18/0379/2007/TPD/(9) bertarikh 24 September, 2007 mengenai hasil
maklumbalas daripada pihak Majlis Daerah Beluran merupakan satu pembohongan
atau 'Janji Tidak Ditepati' kerana sejak tahun 2003 hingga sekarang, janji
untuk membekalkan tenaga elektrik ke gerai-gerai Tamu, gagal dilaksanakan oleh
kerajaan UMNO/BN.
Menurut pendapat para
pengkaji penghidupan dan pembangunan sosial di serata dunia, menafikan
kemudahan asas kepada masyarakat setempat merupakan satu perbuatan yang ditafsirkan
sebagai 'Penghapusan Etnik'?
Salam Hormat,
SIBIUS CONSTANTINE
segala permasalahan rakyat kena diberi perhatian.
ReplyDeletedan selesaikan masalah dihadapi rakyat.
ReplyDelete