Oleh : AIDILA RAZAK
PERDANA Menteri telah
menjemput kumpulan masyarakat India, termasuk Hindraf, untuk mengadakan
perbincangan dengan kerajaan bagi mencari satu penyelesaian kepada masalah yang
sudah lama dihadapi masyarakat tersebut.
"Ini adalah jemputan
terbuka bagi pihak kerajaan. Kita menjemput Hindraf kerana kita tahu mereka
adalah yang paling lantang," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, sambil menambah bahawa perdana menteri, dengan
pendekatan baru, akan mendengar padangan mereka.
"Kami merasakan
walaupun ia kumpulan yang paling ekstrem seperti Hindraf, kita akan menemui
mereka kerana ia adalah satu pendekatan inklusif," kata Mohd Nazri kepada
pemberita hari ini.
Katanya, Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia untuk bertemu dengan pemimpinnya, termasuk
adik beradik P Waythamoorthy dan P Uthayakumar, untuk membincangkan isu-isu
yang dihadapi kaum India kerana keadaan 'sangat kritikal' bagi masyarakat
tersebut.
Pengumuman itu dibuat
selepas pemimpin Hindraf mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim di Parlimen minggu lepas. (MKINI)
No comments:
Post a Comment