BUKIT MERTAJAM : Seorang
pekerja kedai makan warga Indonesia mendakwa dia dirogol tiga anggota polis di
sebuah balai polis dekat sini malam semalam.
Mangsa berusia 25 tahun
mendakwa ditahan tiga anggota polis berusia lingkungan 20-an sehingga 30-an
pada jam 6.20 pagi berhampiran pasar raya Pacific, Perai dan dibawa ke balai
polis.
Ketua Polis Pulau Pinang,
Datuk Abd Rahim Hanafi yang dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan
tegas mengikut lunas perundangan jika benar dakwaan itu.
Beliau juga mengesahkan tiga
anggota terbabit direman selama tujuh hari bermula kelmarin bagi membantu
siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Menurut mangsa, ketika
ditahan dia berada dalam kereta sewa bersama seorang pemandu teksi tempatan
selepas menghantar seorang rakan perempuannya yang tinggal di kawasan itu .
“Tidak lama selepas itu,
sebuah kereta peronda polis jenis proton Wira menahan kereta yang kami naiki
dan dua anggota polis yang memakai uniform polis meminta kami menunjukkan kad
pengenalan.
“Ketika itu, saya hanya
membawa salinan pasport. Jadi, anggota polis itu tidak mahu menerima salinan
pasport dan mengatakan akan membawa kami ke balai polis.
“Bagaimanapun, saya merayu
kepada dua anggota polis ini dan meminta mereka melepaskan pemandu teksi yang
ketika itu digari,” katanya yang ditemui di Pejabat MCA Bukit Mertajam, pagi
tadi.
Turut hadir, Penyelaras
Barisan Nasional (BN) Bukit Mertajam, Lau Chiek Tuan dan Pengerusi Wanita MCA
Bukit Mertajam, Goh Swee Gim.
No comments:
Post a Comment