RAMPAS....JAUTEH
menunjukkan antara set komputer dan mesin judi kotak yang dirampas dalam dua
serbuan berkenaan.
KOTA KINABALU: Dua ‘kasino
haram’ berjaya dilumpuhkan polis berikutan kejayaan merampas 40 komputer
berunsur perjudian serta 10 mesin judi kotak yang bernilai hampir RM80,000
dalam dua serbuan berasingan di ibu negeri.
Ketua Polis Bandaraya Kota
Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata dalam serbuan yang dilakuan
pada 12 dan 13 November itu, empat lelaki tempatan berusia 16 hingga 25 tahun
yang dipercayai penjaga premis judi turut ditahan bagi membantu siasatan.
“Serbuan pertama yang
dilakukan di Cyber Square Penampang itu, kita telah berjaya merampas 20 set
komputer dan dua lelaki dipercayai penjaga premis itu juga ditahan.
“Sementara itu, bagi serbuan
kedua yang dilakukan di sebuah premis tidak bernombor Kepayan Ridge, 20 set komputer
dan 10 mesin judi kotak dirampas manakala dua lagi lelaki turut ditahan.
“Hasil kedua-dua serbuan,
polis turut menemui wang tunai RM165 yang dipercayai hasil daripada kegiatan
judi berkenaan,” katanya.
Kesemua ditangkap dan
rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu mengikut
Seksyen 4B (a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953,” katanya. (UB)
No comments:
Post a Comment